Instagram Shots

Khamis, 1 Januari 2009

2009 : Anda raikan?

Menjelang malam tahun baru, sms masuk bertubi-tubi.
Tapi aku tetap tak suka buat senaman tekan tubi.


SMS yang tanya,
"Babe, countdown kat mana?"
"Ko nak join partay x?"
"U celebrate dengan siapa tonite?"
dan lain-lain lagi.

SEMAK tau tak?? Tahun ini aku tak ada mood.

Ye aku mungkin jahil, apakah wajib untuk kita meraikan tahun baru secara besar-besaran? Nak tengok percikan bunga api? Sekali sekala tak pe lah. Kenapa time Awal Muharam hari tu, tak de siapa nak tanya aku countdown dekat mana? Aku jamin berapa sangatlah umat yang baca doa Awal dan Akhir Tahun.

Azam. Bukan En Azam. Bercakap tentang azam, setiap tahun kita renew azam. Terlaksanakah? Kalau tak, kenapa nak beria-beria celebrate? Aku pun tak tau kenapa aku emo sangat. Keji shial. Aku cemburu sebab tak boleh celebrate? Itulah... ada masa kita di atas, ada masa kita jatuh tergolek.

Aku tak celebrate tahun ini sebab jarak masa Tahun Islam cuma selang 2 hari. Terkinja sana sini, kan tak elok. Lagipun azam aku yang lepas-lepas belum terlaksana, maka kena carryforward tahun 2009.

Anyway,
Happy New Year 2009
dan
Salam Maal Hijrah 1430
fellows!

#ArianiHijabRun2016

Achievement baru?!! Eh tak juga. Acara larian tanpa suami. Gigih nak dapat shawl percuma masa register aritu, tapi bila tengok bib dah nom...