Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.
Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.
Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.
Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.
Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar
tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal dimakan tidak seperti rokok.
Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.
Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat
daripada dikaitkan dengan negara Israel.
Oleh yang demikian,
saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran
KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin.
Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.
War-war kan pada rakan taulan dan famili tentang perkara ini.
P/S: Aku akan bersantai bersama KFC sebagai menu utama untuk berlibur dihujung minggu. Selamat berhujung minggu!
noks...mak pon ade dgr bda2 gitu gak..n siang td je baru mak g belasah McD,antara fast food fav mak tu noks..(pasni KFC lak) sbb setipa McD yg mak kunjungi ada tertera kenyataan yg cam ko ckp tu noks...mak pon latas tpikir,itu kan francise dr malaysia..abih u kalo kite boikot apa kes ngan bebudak melayu McD tu nak cari mkn kan..dog pon islam pe...kan noks kan...
BalasPadamoleh itu entry ni mak sokong 200%..
muahahaha
tq syima..baru tau nih.tp selama ni tk pulak memboikot kfc,tk jugak membeli..lps ni boleh gi kfc tanpa was2...
BalasPadamhaaa..btol2
BalasPadamsaya sokong
kalu nk boikot..g boikot arab tu
sebab diorg yg supply minyak kat amerika yg menjadi sumber utama perang tu!
sokong 101%!
BalasPadamhaku makan mcd letak kat blog pun orang komen 'better boikot mcd'...
thinking of perfume, makeup etc dorang still pakai ke? haku still pakai... habis kalau nak buang sayanggg babe!
:)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam