Cari Blog Ini

Rabu, 25 Mac 2009

Chatting with losers di alam maya

Aku tak tahulah kalau kamu pernah menghadapi perkara yang sama. Tapi aku selalu terserempak dengan loser-loser ini, untuk lebih spesifik - jumpa secara online.


Kes 1
Kenal dalam chatroom dah lama. Dari belum kahwin sampai dah beranak pinak. Tapi walaupun dah bertahun-tahun kenal, mamat ini selalu nak korek cerita kelambu orang. Orang tak pernah buat pun dia nak paksa kita mengaku buat perkara itu. Dia punya expectation pada kita ni macam "Eleh... dah kapel dua-tiga orang takkan tak pernah buat apa-apa?" WTF!! Bodoh ke apa? Lepas kita sound dua tiga ayat dia pun cakap "I open la, i can share anything."

Gila annoying!

Kemudian dia sambung balik "Ok lets talk about anything else...boleh layan tak?" Dua tiga ayat nampak normal lagi, tetiba masuk ayat ke empat atau lima dia dah start balik, "Kita sembang nakal-nakal sikit. 18sx. U dah lepas 18thn kan?"

Inilah somekind of jantan yang tipikal. Most of them adalah melayu. Kenapa jadi begitu? Dunia...dunia...


Kes 2
Aku sememangnya akan privatekan semua network profile macam Facebook, Tagged. Tak akan sebarangan terima orang yang suka-suka click add friend ni. Walaupun dah dinyatakan status aku di situ "I only accept anonymous female profile with pictures as friends. If you are a male, u have to be cute enough & 27-35yrs old to be accepted by me", tapi tak ada maknanya sebab ada juga jejantan yang umur 19thn add akak ni. Lagi menyayat hati bila umur dah baya-baya ayah aku pun gatal nak add aku.

Aku peliklah, dorang baca ke tak shout out aku atau bantai klik add friend lepas tengok gambar kita berposing ayu dan kelihatan kurus?


Kes 3
Adatlah bila kita dah terima seseorang dalam list kawan-kawan network profile, kita akan selalu berbalas message kan? Adalah satu kisah, mamat ni berlawak kasar dengan aku. Lawak kasar tak sama dengan lawak lucah tau? Kemudian aku pun balas "Cis bedebah.... bla...bla...bla..."

Akibat dari perkataan "Cis bedebah", mamat tu boleh sound "Baik lu panggil wa babi. Tak pelah, wa tak heran dengan perempuan macam lu. Tak ada adap!"

Tergamam aku. Kesilapan tatabahasa, aku disekolahkan. Tapi patutkah perkataan itu menyebabkan hati mamat tersebut terluka?


Kes 4
Ini macam cerita masa kita sekolah menengah dulu-dulu. Jalan kaki di tepi jalan, kemudian kena siul dengan sekumpulan jejantan. Tapi bila kita tak respon, kita kena hambur kata-kata nista.

Aku selalu me-reject banyak request dari strangers tak berkenaan. Seringkali membuang mereka yang tidak well-behave dalam persahabatan alam maya ni. Jadi selalu juga dapat mesej "Ko ingat ingat ko cantik sangat? Blahlah, ramai peerempuan lain lagi cantik dari ko, lagi kurus dari ko. Tak sedar diri! Babi lagi cantik dari ko". Owh, apakah?

Dulu aku selalu juga hadap, melayan mesej-mesej cacian ini, tapi sekarang tidak lagi kerana itu semua membuang masa aku sahaja. Kan??


Syimalicious: Persoalannya, kenapa? Aku nak tahu juga, pernah tak korang merasa apa yang aku rasa?

13 ulasan:

  1. belambak je manusia camni...dah tau kite malas nak layan...berambus je la...buang masa nak maki2 tu apehal kan?

    saye punye experience paling takleh blah adalah bile strangers suke sangat buat miskol2 tengah2 malam...pastu bile hangin kite sms cakap dier babi...pandai pulak marah...

    ape...dier miskol2 tu ingat kite takleh marah ke? loser punye orang. pastu tambah berjela2 maki-hamun plak kat kite. yang pelik tu...kata salah nombor, tapi camne tau kite ni pompuan plak?

    misteri betul kan orang psiko nih?

    BalasPadam
  2. okey.
    yg kes 1 tu dulu biasa la. lepas tu aku block terus nama jantan2 hangsuang tu.

    yg kes 2, hahahaha.... aku dah tutup terus segala jadah sosial website. yg ada skrg 'mukabuku' je.

    yg kes 3, bodoh lah jantan tu. bongok bingai tak rock langsung.

    kes 4, oh aku pun pernah hadapi situasi tu. bila tak layan jadi mcm tu lah.

    KESIMPULAN : 'WE ARE THE CHAMPION. YG LAIN TU LOSERS'. hahahaha

    BalasPadam
  3. ha'ah..kenapa la ramai benor lelaki psiko kat alam maya nih...mungkin nak jual muka kat luar tak laku kot tu yang mengada-ngada kat alam maya nih..test market kunun..pigirahh..hahaha

    BalasPadam
  4. itu lah pasal.. rambut sama hitam.. hati lain-lain....byk la ragam nya...
    s
    lunaticq jgn buat macam tu tao?? O:-)

    BalasPadam
  5. pelik kan dorang ni?? gila psiko!! >:o

    BalasPadam
  6. bukan lah nak mengata lelaki je.. mungkin perempuan pun ada peel macam ini.. tp kalau jumpa ini jejantan rasa sgt tak wajar untuk kita2 semua kan?? test market la tu.. market yang real depa tak laku... miahahaha :-D

    BalasPadam
  7. belle...
    s
    1.aku tak block lagi jantan hansuang tu sbb aku poyo baik hati
    2.aku nak test market jd aku tak mo tutup lagi sosial website tu
    3.kalau ko tgk muka dia... macho, good looking, tough, tp tak sangka sensitif. mmg tak rock...
    4.no komen
    s
    aku suka kesimpulan ko.. meh nyanyi bersama lagi "we r the champion"
    s

    BalasPadam
  8. bukan cantik... lelaki kan ada ego.. mereka tercabar... nok.. ko jgn ngata aku cantik.. semua dusta semata2... hahahaha 8-)

    BalasPadam
  9. macamana nak kawin ni? kalau ramai jantan sebegini??
    s
    yang kaki miskol tu layak je di babi kan...
    s
    haip!! sapa ajar jd macam ni skang?? hehehehhe

    BalasPadam
  10. ab... ko tau ke cara permainan dia? meh ajar aku... :*

    BalasPadam
  11. syima, besela tu...aku klu ada mase senggang, rajin gak chatting2 ni...Tp, takat chat jela, jmpa2 ni tak mainla...Pastu mmg kureng pun diaorg ni...Aku selalu masuk oversea channel tu pun sbb nak test english aku jek...Dah tak kuasa nak chat dgn lelaki melayu (tak sumela yg hampeh....) Suka jek tanye soalan n benda2 yg mengarut...Ntah hape2 la...
    s
    Cnth soalan: mase dgn bf dulu u pernah buat ringan2 tak...??? takpun, soalan derang, u masih dara ker...??? ntah hape2 la...aku bila dah start nak sembang nakal ni, aku terus reject jek...teruk btl!

    BalasPadam
  12. tak boleh blah kan dorang ni?? aku pun pelik. tp kadang2 yg kat oversea ni pun dua kali lima gak omputih dia... hhuhuhu lagi gila siot.. main webcam pulak...

    BalasPadam
  13. hahahha suka hati aku je label orang loser... O:-)

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...