Cari Blog Ini

Selasa, 24 Mac 2009

BELLE, kaulah inspirasiku

Hidup aku asyik berulang alik dari hospital. Tadi pun pergi hospital, semalam pun ke hospital, Jumaat ini pun akan ke hospital. Nak kata jodoh dengan doktor, tak juga. *sigh*

Aku rindu nak pergi kerja atau dalam mandarin- shangban. Serius rindu. Nak mengumpat, mengutuk dengan kawan-kawan kaki gosip. Nak tengok muka bos bila mengelabah cari borang lesen. Nak bau busuk badan pegawai di pejabat aku. Yer, dia ada body-odor yang sangat menganiaya hidung orang. Nak guna Meebo di komputer pejabat. Nak main pingpong. Banyaknya benda aku miss.

Dan aku akan terus cuti sakit dalam seminggu ini. Owh! Tidak!

Aku rindu meja kat workstation aku. Tempat aku selalu mensibukkan diri. Tempat aku selalu terkocoh-kocoh menghantar laporan mingguan untuk cawangan negeri. Tempat aku makan. Tapi aku tak pernah cuba untuk tidur di meja aku.

Puas aku godek-godek dalam folder yang lama-lama. Jumpa akhirnya. Jangan tengok bawah lagi. Tenung gambar ini lama-lama. Kamu ada nampak apa-apa yang tak baik? Maaf ya! Ini gambar dari telefon bimbit lama yang mana gambarnya amat tidak menonjol.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini dia yang aku nak tunjukkan!!



Memang tak sayang mulut dan tak jaga keperibadian aku ini kan? Aku terpaksa. Sebab dalam pejabat aku adalah perkara biasa mengambil pen atau peralatan tulis tanpa meminta kebenaran. Kadang-kadang aku pun terambil pen orang juga. Hahahaha! Bos dah pernah tegur aku. Kerani lagilah, siap sound secara keagamaan pada aku. Tapi aku peduli hape! Ada aku kesah? Tapi ada pula yang pandai-pandai tulis perkataan "astaga" kat kertas tu. Apa barang sound orang cara bertulis?

Tapi semenjak aku mempamerkan notis itu, tiada lagi kejadian mengambil barang tanpa kebenaran aku. Siap kalau ada yang nak meminjam tu, bersungguh-sungguh minta kebenaran. Hahaha!

Apalah jadi dengan meja aku tu sekarang. Mesti huru-hara...


Syimalicious: Posting kali ini diinpirasikan dari entry ini.

14 ulasan:

  1. muahahahahaha

    ayat BABI paling berkesan. terror aaar, aku pun tak terfikir nak letak mcm tu xD

    BalasPadam
  2. tak pe... ko bos.. ko boleh buat apa saja... sbb ko bos.. hahaha :-D

    BIAR - Bos is always right!

    BalasPadam
  3. haah civil itm shah alam.. kawan kepada ahmad fidaus.. i keje gomen tapi tak la hebat, dan tak la dalam civil jgk..

    u tinggalkan url blog u sat... 8-)

    BalasPadam
  4. itu la.. kamek dh letak warning... paham2 sendirik la.. 8-)

    BalasPadam
  5. hahaha betul! betul! betul!

    tp ini kan perkara biasa kes terambil barang ni... :-P

    BalasPadam
  6. ingat nik aziz je ke ada blog?? kita pun ada la...

    zam, ko pun ada blog ke?? ;)

    BalasPadam
  7. ada faryn... warna pink lagi.. kiut.. tp aku tak up lagi cerita tu... ko tunggu je la tahun depan ke... akhir tahun ni ke... hahahah :*

    BalasPadam
  8. haah.. tp akak tak pernah kerja ngn babi lagi.... rasa2 nanti dia bertukar jadi apa?? ultra-babi-man!!! hahahaha :-E

    BalasPadam
  9. itu lahh... cikgu kan bos.. kalau duduk kat workstation terbuka ni mmg selalu la nak kena curi alat tulis ni... sorok macamana pun mesti kena godek... :(

    BalasPadam
  10. ko diva.. ada kelas...

    ko kena jaga kelas sket.. aku kuli, itu yg kena bagi direct je kat dorang tu... :-P

    BalasPadam
  11. aku pun suka gua... hahaha gila jahat mencarut!! =-O

    BalasPadam
  12. aizat... aku baru nak test power.. senyap2 sudeh... makruh isap rokok ni.. miakakaka...

    itu la mulanya aku macam terpedaya gak cara ko bercerita.. macam bagus gila pompuan bertudung tu... nengok2.. hamek ko dia isap rokok... lalalal 8-)

    BalasPadam
  13. ade ke kata gitu kat aku.. aku kan sopan santun.. O:-)
    s
    tp kalau lembut sgt orang pijak kepala.. biar la orang nak benci kita sekali pun... :-D betul tak?? wo hen hao..

    BalasPadam
  14. ko.... suka benor ko yer.. perut dh nampak ker?? meh la tunjuk masuk dlm blog... :-P

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...