Instagram Shots

Ahad, 8 Mac 2009

Owh... hari apakah??!

Hari ini aku terbangun awal, 12.00 tgh. Cadang-cadang nak bangun pukul 3.00ptg tapi tak boleh sebab matahari pagi panas memancar ke arah bilik aku.

Aku benci mimpi aku. Walaupun aku tak ingat aku mimpi apa, tapi aku rasa down sangat. Dah dua tiga hari aku rasa macam ni. Benci! Benci! Benci!

Sedia maklum aku adalah seorang OKU sekarang, jadi memang sah-sah tak boleh nak bergerak kan? Hari ini ada wedding reception officemate dekat Klang. Ramai yang pergi kenduri tu. Itu satu hal. BFF aku tinggalkan aku untuk join gathering sekolah agama dia. Semua orang pergi bergumbira... tapi aku? Aku tak dapat pergi mana-mana.

Hari ini kalau aku tak terpeleot;
  • Aku dah boleh jumpa Ara lepas dia pergi wedding Lily Blogger tu
  • Aku dah boleh mengekor BFF pergi gathering dia (walaupun dia malu nak bawa aku)
  • Aku dah boleh pergi kenduri dekat Klang dengan kawan-kawan yang lain
  • Aku dah boleh jumpa kawan sekolah masa kecil, Iza pergi karaoke sebelum dia pulang ke Turkey
  • Aku dah boleh jumpa Rieha on the way dia ke Sg Besar untuk urusan merisik
Anyway, aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama buat Izan dan suami Omputihnya. Dan Selamat Hari Wanita untuk semua yang ada feel perempuan.


P/S: Hari ini aku rasa benci nak berkawan dengan sesiapa pun. Termasuk MIN_ENA!!! Sebab dia hantar sms yang bunyinya penuh SOOKA HATI sepanjang ketiadaan aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...