Cari Blog Ini

Khamis, 13 Ogos 2009

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KONTRAK)
DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

A. JAWATAN : Pembantu Tadbir (Kontrak)

Kementerian : Kem. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan I

Taraf jawatan : Kontrak untuk perkhidmatan (contract for service)

Bayaran perkhidmatan : RM 1200.00 sebulan

Kekosongan : Ibu pejabat, Putrajaya

Syarat lantikan :

i. Calon-calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 58 tahun semasa dilantik;

ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;

iii. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

iv. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.


B. TEMPOH KONTRAK : Mulai tarikh pelantikan sehingga 31 Disember 2010


C. CARA MEMOHON:

i. Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan Borang KPDN(SPS)
ii. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.


D. PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA:

Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6 (Podium 1), No.13, Persiaran Perdana
Presint 2,
62623 Putrajaya


E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Ogos 2009


F. PEMAKLUMAN KEPUTUSAN TEMU DUGA

i. Calon-calon yang berjaya dan menenuhi asas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga
ii. Pemohon-pemohon yang tidak layak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
iii. Pemohon dimaklumkan bahawa pelantikan secara kontrak ini tidak boleh
dijadikan jaminan untuk dilantik secara tetap ke dalam perkhidmatan awam.

5 ulasan:

  1. naakkkk.........!!!
    blh tlg masukkan ke?

    BalasPadam
  2. oo TQ ler. boleh la gak bagi tau kawan2.. kemudian kawan2 bagi tau lak kat kawan2 dia... kawan2 dia bagi tau lak kat kawan-kawan kawan dia lagi..
    Eh serius ni TQ very much.

    BalasPadam
  3. kalau ada yang interested yang nak kan keje ni boleh bagi email masing2... then aku kasi form melalui email... ok??

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...