Dulu masa muda remaja, mak pun kudratnya masih kuat, kami adik beradik duduk di dapur pagi raya buat kuih samprit. Pagi raya ok? Sungguh haru. Tapi itu kenangan yang paling tak boleh nak dilupakan.
Dah tua-tua begini tak feel la raya ni. Aku sangat bersedih hati kerana terlalu cepat masa, tup-tup dah penghujung bulan Ramadhan. Tanda-tanda kiamat kan?
Ok, misi mencari kuih raya ini mendapat kerjasama BFF. Kami dapat tahu tempat yang kami nak pergi ini memang marveles rasa kuihnya itu. Salah seorang rakan sepejabat jual kuih-kuih ini mendapat keuntungan berganda mencecah RM empat angka di sekitar Bangi. Macam tak percayakan?
Ingat nanti tahun depan pun nak cuba nasib jual kuih-kuih raya ni. Nanti beli dari aku ok??
Perjalanannya agak jauh ke pedalaman. Jalan buruk sebab jentera atau kenderaan berat melalui jalan kecil tersebut. Biasalah Daerah Kuala Selangor/Sabak Bernam.
Time aku datang tu aku buat-buat macam pelancong luar negeri datang nak beli borong. Tengok masa tu kakak tengah timbang-timbang kerepek. Yang dalam palstik tu semua tempahan. Punya hebat tak hebat la bisnes ni, owner (embah) dia cakap dia tak hantar pun kuih-kuih ni keluar, tak menyempat, semua dah ada yang meng-order awal-awal dulu.
Aku sibuk cari kuih raya. Limited tu. Dah tinggal sikit-sikit saja. 1st come, 1st serv kata embah.. Kalau tak silap aku, embah kata ada 16 jenis kuih yang dijual. Agak-agaklah aku nak borong banyak bukan main kan?? Confius... sangat confius. Jadi rambang mata nak memilih.
Pilih punya pilih habis la dalam RM300 dengan BFF. Adalah lebih kurang 20 balang kuih dan 10 paket kerepek.
Syimalicious: Kuih raya ni aku makan adik beradik je. Sebab kami tak suka orang datang rumah. Hahaha!
budak2 yg datang beraya tu la yang memeriahkan raya kita yang dah tua2 ni.
BalasPadamhidangkan dengan kueh raya dgn ikhlas hati supaya budak pun teringin nak makan dan rasa sedap ehekz.
Tunggu last day nak borong kueh lelong untuk makan time kueh2 raya yg sedap2 dah abis dimakan tetamu dan keluarga
salam aidilfitri ;)
BalasPadamapa kata ko pos kat aku sebalang dua. tak salah kan? hahahahahahah
BalasPadam