Cari Blog Ini

Ahad, 24 Januari 2010

Update cerita kawin orang

Cerita ni dah berzaman. Bulan Nov tahun lepas kalau tak silap. Ini update sekadar nak suruh orang hit blog bersawang ni. Kekekeke...

Kebetulan time tu aku balik ke kampung halaman, dan diajak secara paksa rela untuk meramaikan majlis perkahwinan yang aku sendiri tak kenal siapa.

Oleh kerana yang diraikan itu anak jiran, ku gagahi jua kaki disamping nak menyibuk untuk tengok pelamin angan ku musnah yang ditempah oleh jiran mak ayah aku ini.

Aku tak tahu anak teruna dia ni kerja apa tapi kahwin mak ayah yang tanggung. Best wooo...! Mak dia jutawan senyap Zhulian. See? Ini adalah contoh melayu kepochi hal orang. Tapi dah orang berceritakan??!

Disebabkan khemah khawin sampai 10 buah, antara rumah yang kena blok ialah rumah parent aku. Maka aku keluar-keluar rumah terus duduk makan. Kekekeke

Rumput ayah aku tanam penyek kena pijak orang. Tuan kenduri pergi letak air basuh tangan berdekatan lanskap taman ayah aku. Orang yang makan kenduri bukan pikir tu rumput orang ke tidak, kan?

Pengantin berarak dari mana entah ke pelamin untuk bersanding.

Pelamin simple lebih indah dari pelamin sarat dengan ukiran.

Budak-budak dan mak-mak budak dah ramai berebut tempat menanti upacara seterusnya. Masa ni bau kepam bercampur baur. Tapi eksaited tengok orang kawin kami stay juga. (Padahal masa tu mata meliar tengok interior design rumah tu, tengok design pelamin, tengok baju dan mekap pengantin) Hiks!

Acara baling-baling duit syiling dan gula-gula semakin membahayakan kepala dan dahi aku dan mak, jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari situ.


Untuk lebih jelas, aku pun ke tempat mereka bersantap. Sah! Sombong... Jadi aku snap lebih kurang pastu balik rumah. (ahhhh! sesuka hati je aku cop orang sombong, padahal dia pun tak kenal aku. Cet!)

Ayah aku terpandang jejaka luar biasa ni. Dia tanya "kenapa dia pakai songkok warna tu?" Hahaha mata orang tua kan? Aku pun sebenarnya tak berapa nak berkenan kalau orang warna kulit dia terlalu kontra dengan warna rambutnya. Macam tak masuk. Last-last rambut dia dah rupa macam ekor tupai.

Minta-minta kawan-kawan aku tak buta fesyen.



2 ulasan:

  1. hahaha bagusnye kawin mak ayah tanggung....tp hopefully tak tanggung anak sampai dh beranak pinak.opsss...!!!

    pasal bab fesyen tu,aku agree dgn kau.!

    BalasPadam
  2. erm...best nye kawen mak ayah tanggung

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...