Edisi menyingkap kisah lalu~ lalalalala
AM i going to reveal everything? NO, I'm NOT!
Ini pengakuan berani mati setakat ni.
Orang kata kalau jodoh tak ke mana kan? Tapi tanpa usaha, impian tak kan jadi kenyataan.
Seronok tengok orang kawin beranak pinak.
Ok tipu saja.
Sebenarnya aku tak suka, aku benci. Aku jeles tengok kebahagiaan orang. Kenapa aku tak dapat semua tu? Kawan aku cakap... ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Tapi biasalah, orang boleh bercakap apa sahaja, because they are not in my shoes.
Aku bukan meroyan sebab kawin lewat. Tak. Bukan itu. In fact aku sangat ngeri memikirkan perkahwinan di usia muda dan bila umur baru mencecah pertengahan remaja berakhir dengan cerai berai.
Sepanjang perjalanan usia ku yang bakal menempuh alam 3 series, pelbagai kisah percintaan aku lalui. Ada contoh yang diambil dari pengalaman aku yang lepas, dan ada sesetengah dari rakan-rakan.
1. Kekasih yang mencari kesempurnaan.
Semua bercakap "Nobody is perfect". Fak!! Aku belum jumpa lagi kekasih yang menerima seseorang seadanya. Mulut saja pandai berbicara tetapi... entahlah tiada kata-kata yang sesuai buat masa ini. Contoh "Kenapa badan awak straight, tak ada cutting??" Ada juga yang tidak sedar diri ~kaki minum, ganja, pil, seks secara rambang yang mendambakan pasangan semulia Siti Khadijah atau para Nabi. Kenapa tak mahu ukur baju pada badan sendiri?
2. Kekasih yang inginkan kebaikan dari kekasihnya tetapi dengan cara hinaan dan menggungkit.
Contohnya "You ni nasib je I nak kutip, kalau ikutkan I biarkan you hidup bergelumang dosa dengan iblis-iblis tu. Dah cukup baik I terima you ni". Yes, it happened. Kau nak kekasih kau untuk berubah menjadi baik, tapi kau cari salah dia, kau ungkit kisah silam dia. Kenapa? Itukah cara untuk memotivasikan orang?
3. Kekasih yang berjanji dan bermulut manis.
Bila kita berada di alam percintaan, segala yang dilakukan semuanya indah. Kemudian terbit dari mulut si kekasih, "Saya akan mengahwini awak", "I akan terima you, sebagaimana I kenal you before this". Pada aku, kau pun patut ada timing juga nak bermulut manis. 3 tahun dengan kata-kata yang sama tapi tiada tindakan, kita pun rasa terkilan dan tertanya-tanya. Betul tak?
4. Kekasih yang mengharapkan kebaikan tapi menginginkan perkara 'Lagha'
"Sayang keluar nanti, abang tak nak tengok sayang free hair. Pakai tudung. Jangan pakai baju yang ketat-ketat". Untungnya dapat kekasih yang berakidah dan beragama macam ini. Tapi yang pelik, dia jugalah meminta untuk dicium, untuk dirangkul dan untuk ditiduri bersama. WTF?? Depan orang lain kau tunjuk kau seorang yang baik, akauntabiliti tapi bila kau berdua bersama kekasih perangai serupa seperti syaitan.
5. Kekasih yang memartabatkan kawan-kawan sehingga aku terpinggir
Kau cakap aku kekasih kau. Tapi dengan orang lain kau menafikan. Bila orang tanya kau jawab "Kami kawan saja". Pergi bertandang rumah kawan, tapi mengaku cakap pergi tempat lain. Bila reunion kawan-kawan, segan nak usung alasan tak kahwin lagi. Apa salahnya kenal kan aku pada kawan-kawan kau? Malu. Sebab aku tak semulia dan tak setanding kawan-kawan kau. Sebab aku tak bertudung.
6. Kekasih yang suka mendengar buruk kisah pasangannya.
Sebagai kekasih, baik buruk aku kenallah terima. Ada kekasih, dia dengar dan telan atau biarkan sahaja cerita buruk kita tu. TAPI ada yang bersikap ~ dia simpan sampai satu ketika OUTBURST, habis diungkitnya. Itulah senjata untuk si kekasih menghina kita. Dan amat pelik sekali, bila si kekasih selalu pesan " Jangan dengar cakap orang lain". Betul. Tapi kadang-kadang surrounding punca dia mendengar semua keburukkan kita. Sebab sifat semulajadi manusia yang tak suka tengok kesenangan orang maka timbullah cakap-cakap yang menggugat rasa sayang si kekasih.
7. Kekasih yang menjadikan alasan keluarga untuk melambat-lambatkan sesuatu yang wajib (nikah).
This is obviously a point for kekasih to skip their responsible after years berkasih-kasihan. "Mak saya minta saya cari yang lain." "Mak saya dah ada pilihan yang lain". "Adik-adik saya ramai dan masih belajar, saya kena lepaskan mereka dahulu." So, do you get my point here??
Dalam banyak-banyak kenangan, aku tersangatlah tersinggung bila sang kekasih menyatakan bahawa dia tidak yakin dengan perubahan diri aku. Perubahan yang bagaimana? Sang kekasih menyatakan betapa bacul dirinya sekiranya menerima aku yang tidak bertudung untuk menjadi sebahagian ahli keluarganya. Dan amat memalukan kerana aku tidak pernah untuk mencuba menjadi seorang perempuan yang boleh dimuliakan. Rupanya sang kekasih mengharapkan keperibadian aku seperti gadis-gadis solehah dalam sinetron Indonesia. So How??
Hampir semua hubungan-hubungan yang lepas, aku sendiri yang mengundur diri (Ada dua -tiga kali kena dumped ~ rasa LOSER sangat!). Mengundur diri bukan kerana kalah, tetapi kerana terlalu kecewa untuk melayan karenah macam bagus mereka ini. Kerana penat didustai dengan watak-watak kekasih yang pelbagai rupa.
Lebih baik single dari memeningkan kepala.
Syimalicious: Mode~berduka lara
salam...lebih baik sendiri daripada sakit hati...
BalasPadamtetiba teringat lagu kekasih gelapku..lalaalaaa
BalasPadamoh, aku rasa lelaki yang cakap macam tu memang setan. apa tak reti cakap baik baik ke?
BalasPadamtakpe la, kalau diorang tak nak terima kau seadanya, maksudnya diorang bukan lah yang terbaik untuk kamu. Allah mesti dah tentukan jodoh kamu syima. :)
ttbe tingat lagu boneca-cela
BalasPadam"Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku
Mengapa...
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
Mengapa...
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela"
p/s:juz forget them...u deserve better person...dun wory, be happy... :)
Well what can i say
BalasPadam" GOOD RIDDANCE OF BAD RUBBISH "
btw knowing you are single puts a big smile on my face!!!!! :)anyways i know that people will be lining up from your doorstep to KlCC just to go out on a date with u. cos you are a happening, cool , sexy and cute babe. Free tak this weekend for a date babe ?