Instagram Shots

Rabu, 3 Februari 2010

Melayan kesyahduan di tengah malam

Mata mengantuk. Berat sangat.
Tapi hati meronta-ronta untuk meluahkan. Tapi pada siapa? Siapa yang nak dengar?

Pernah tak antara kita demam angau? Demam Cina Buta? Apa-apa saja lah, asal demam yang berkaitan dengan perasaan?

Pada hakikatnya aku benci berperasaan sebegini. Tapi ia normal. Perasaan ini salah satu proses kematangan. Kita belajar melalui kesilapan.

Tangan mengodek-godek FB. Sekejapan buka profile orang ni, sekejapan buka profile orang tu. Untuk check relationship status. Dan yang terkini;

Tak ada apa nak diherankan. Memang aku selalu bertukar-tukar status. Sekejap "Married", lepas tu "Widow" dll.

Ingat seronok ke mempunyai ketidak-stabiliti emosi? Rasa dipermainkan, diperkotak katik kan??

Ada yang bertanya, "Kenapa umur sebegini aku masih belum berumahtangga?"

"Tanya la dia"

Dia jawab, "Rasa tanggungjawab kepada keluarga. Mereka lebih penting dari dia(aku)"
Tapi semua ayat itu rekaan. Dan itu adalah khayalan aku memandangkan terlalu banyak obstacle yang perlu aku harungi.

Aku? Demoralized. Hati ku memberontak. Sampai bila aku perlu berteka teki? Patutkah aku pandang ke hadapan tanpa menoleh ke arah dia lagi?


Ubat Dupasthon

Medicine Overview of Duphaston Tablet Uses of Duphaston Tablet Duphaston 10mg Tablet is used in infertility,  endometriosis  and  ...