Cari Blog Ini

Selasa, 13 April 2010

"Walaupun aku berzina, aku tetap solat"

Macamana tu ye??

Jijik ke tidak?

Tak ada manusia yang perfect. Tapi yang hipokrit dan merasakan diri itu sempurna memang ramai. Tak sangka kan?? Tunggang tunggeng sujud pada kain sejadah lima kali sehari, tapi bab nak jatuh hukum pada kesilapan orang serahkan pada dia. Dia tahu siapa masuk neraka, siapa masuk syurga.

Kenapa wujudnya manusia sebegini? Suka menilai orang dengan menyingkap balik kisah silam? Dah tahu buruk orang dikejinya pula. Bukankah Allah Maha Pengampun??

Dia boleh meramal masa depan. Dia boleh nampak kebahagiaan atau kecelakaan yang akan mendatang. Dia boleh tahu sekiranya sesiapa yang berkawan atau bercinta dengan aku bakal mendapat musibah nanti.

Situasi #1-Pejabat
"Bos nak buang salah sorang staff. Rasa-rasanya mungkin si anu sebab dia berkawan dengan Syima. Bos kan tak suka Syima, dia membawa influence yang tak baik dalam organisasi ini"~Penganalis

Situasi #2-Kawan-kawan
Berkawan dan menggatal dengan laki orang. Tiba-tiba dapat menyakit kulit yang aneh dipercayai disantau orang. "Aku dapat rasakan Syima punya kerja ni, sebab dia kenal isteri si polan" ~Bomoh Iblis

Situasi #3-Percintaan
"Saya tak boleh lupakan kehidupan awak dulu, mesti kahwin nanti kita tak bahagia." ~Tukang tilik nasib

Kenapa ada persoalan dan andaian macam tu????!!!

Sebab mereka nampak aku saja yang sering melakukan dosa. Walhal mereka dahsyat melakukan dua perkara (dosa dan pahala) seiring. Dan mungkin pada mereka itu lebih relevan.

Ego dan angkuh menyebabkan "dosa; dosa jugak tapi kena sembahyang kena buat juga."






Syimalicious: tsk...tsk...tsk... hipokritnya!! Skru bulat, skru bunga... mengata orang dia pun sama... hehehehe

12 ulasan:

  1. dosa berat hanya taubat nasuha yg boleh ampun

    manusia? mesti tidak akan faham

    BalasPadam
  2. hurm..
    kalau solat tunggang tunggeng tp hati xikhlas xde guna..
    manusia sering mencari masalah orang lain..
    xpernah nak muhasabah diri..
    sll anggap dosa pahala perkara mudah..
    lebih teruk ad yg anggap bila g mekah semua dosa ilang, then bila dosa banyak lagi g mekah pulak..
    jahilnye..

    BalasPadam
  3. Aku pernah terdengar satu ceramah, iaitu solat adalah amalan yg mula2 sekali akan dihisab nnt. Malahan org yg x bersolat lebih hina dr syaitan. Kerana dahulu syaitan tidak mahu sujud (sebagai tanda hormat) kepada Nabi Adam telah menyebabkan dia terjerumus ke dalam neraka. Inikan pula kita sebagai manusia yg diciptakan dgn sebaik2 kejadian enggan bersujud kepada NYA. Wallahualam...
    Tetapi yakin lah pinta taubat sentiasa terbuka & Allah itu Maha Pengampun.

    BalasPadam
  4. solat tu kan salah satu benda yg kite wat utk elak dr kite wat dosa.persoalannye, kalo kite solat tp still asyik buat dosa, maksiat je. adakah solat kite tu betul2 diterima Allah?

    BalasPadam
  5. solat cukup 5 wktu,tak tinggal satu pun, bab mengata orang, menabur fitnah pun turut sama tak tinggal. heran manusia mcm ni..

    BalasPadam
  6. hanya Allah yg tahu syurga dan neraka kah yg layak untuk setiap hambanya.

    BalasPadam
  7. Macam-macam ya..
    Takpe. Saya tau syima orangnya kuat.. tabah..

    BalasPadam
  8. sabarjelah.. kita tak boleh menghukum dosa pahala pada orang.. manusia memang byk yg ada PHD... takpelah.. allah tetap mengetahui setiap apa yg berlaku...

    BalasPadam
  9. sabar ye syima...org sekeliling kita mmg bebas utk ckp apa jek yg diaorg nak...aku pun tak terkecuali ye...org nmpk kita berbual dgn somebody pastu diaorg akan tuduh kita menyampai cita2 yg tak best kan...sedihkan...???

    BalasPadam
  10. sembahyang tiang agama.
    sembahyang itu juga perlu terpeliharaa dan sempurna dari segi niat dan amalannya.

    BalasPadam
  11. semoga solat dapat pelihara iman kita. takpelah syima..yg penting Allah tahu apa kita buat. mereka yg judge tanpa periksa mmg sgt kejam

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...