Cari Blog Ini

Isnin, 12 April 2010

Manusia sering tersasar bahasa bila dalam keadaan marah

Aku bukan malaikat.
Bakal ahli syurga? Itu pun aku tak pasti.

Tapi aku ialah manusia yang terlalu banyak celanya.

Bergaduh adalah sesuatu yang tak best. Merenggangkan sesebuah perhubungan dan Tuhan tidak suka walaupun pastinya syaitan bertepuk-tepuk tangan gembira. Berperang mulut juga menunjukkan sesuatu kebodohan.

Marah ialah penyakit rohani. Memang fitrah manusia. Bila emosi dikawal oleh amarah dan syaitan membaja rasa marah itu dengan macam-macam cara, aku pasti walaupun perkara itu tak sebesar mana tapi dek rasa berapi-rapi, kemarahan itu terpancul jua.

Dan biasanya kemarahan itu disusuli dengan tindakan, perbuatan dan bahasa-bahasa yang menyakitkan.

Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata tak boleh buat apa.

Aku cuma mampu mengungkap kemaafan yang barangkali susah untuk orang menerimanya. Dan sekali lagi, Aku minta maaf.



2 ulasan:

  1. isk isk..sekurangnye ko tak lokek mengungkapkan perkataan maaf =)

    BalasPadam
  2. Hi.. suka membaca entry ni & yang lain2... salam perkenalan... jangan lupa Follow blog hairi k..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...