Cari Blog Ini

Ahad, 22 Januari 2012

Isteri benteng cegah godaan

DARIPADA Jabir, katanya, beliau mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita, maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya." (Hadis riwayat Muslim)

Rumah tangga orang beriman adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri.

Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung daripada panas dan hujan, bahkan menjadi tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri serta mencari keredaan Allah.

Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin disebabkan tuntutan psikologi.

Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah. Maka, atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, kadang-kala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat.

Sebab itulah Islam memuliakan sebuah perkahwinan dan amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin seperti sabda Rasulullah yang maksudnya: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)." (Riwayat Bukhari)

- Petikan hadis harian Jakim.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Lupa kat adik? InsyaAllah setakat ni tak lupa lg geng2 blog awal2 dulu, cuma pelik lama menghilangkan? Pape pn, jenguk blog akak slalu ya dik yang makin comel! ^_^

    BalasPadam
  2. ermm .. moga kita semua terpelihara dari gejolak bergelora ..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...