Cari Blog Ini

Isnin, 20 Februari 2012

Bulan madu Valentine


Kenyit mata sikit (imagine kenyit mata orang gatal). Haha

Mood: Berbunga-bunga

Minggu lepas, kamu celebrate Valentine? Aku sambut. Meriah! Dengan jambangan bunga 1000 kuntum bunga tahi ayam dan percikan bunga api serta dua botol epel twister.

Janganlah percaya.

Aku dah tua untuk berpeleseran macam tu. That is so 21 years old kan? 

Nak dijadikan cerita, kebetulan aku ada hal di Putrajaya Isnin lepas, singgahlah sekejapan di.... (mari teka).... Malas nak balik Kuala Selangor - jadi merempat di sini. Bila di tempat baru, aku suka mencuba. Cuba apa saja benda baru. Tak adalah baru pun, aku pernah meeting dua kali kot di hotel ini masa kerja tempat lama dulu.

Tengok gambar saja lah...
Bukan deluxe. Twin sharing. Maknanya bilik ini tak sesuai untuk
BEROMEN  honeymoon
Ekslusif
Nampak? Nampak tak? Kat tv tu kan tengah tunjuk babi pink yang kiut?
Hujung kiri tu Pasaraya Warta. Penuh warga asing lagi kan??
Awan dah gelap, nak hujan katanya. 
Padang golf. Semua orang pun tau kan?
Pusing kanan sikit di beranda ni, kelihatan awan tak mahu hujan pula
Surat amaran. Tidak boleh berasap kemenyan di dalam bilik hotel
THE best part is the TOILET. Aku suka toilet hotel. Lagi-lagi kalau luas, ada bathtub. Suka tengok dekorasi dalam itu. Kalau boleh nak baring atas lantai tu buat bintang.

Tapi malanglah pula aku dapat bilik yang bathtub dia tak berfungsi sekat air. Macamana nak hot bath berendam tabur-tabur bunga? Dan bertambah malang bila perut aku yang memulas-mulas hari itu tak mahu bekerjasama untuk iyak. (berak manja namanya)

Tapi gigih usaha berendam juga dalam 20minit bersama sedikit titisan minyak Bio Oil. Nak bagi cantik kulit la konon.

Kan ada space buat bintang sambil berbaring?

Suka! Tapi toilet sendiri tak boleh macam ni.

Tak sempat nak berak di situ. Orang kata kalau kita berak di suatu
tempat tu maknanya nak datang lagi, hmm ni tak ada harapan nak datang
lagi lah ni.
Gambar macam ini pun nak snap?
Poyo? Suka hati. Aku suka tengok benda tersusun rapi
Next morning kena bergegas balik. Sebab kerja. Tak sempat nak honeymoon lama-lama atas katil itu. Tapi best! Bye-bye Equtorial. Bye-Bye miamor.

until then.... bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...