Syaitan... kerja dia nak menghuru harakan umat Muhammad. Ada saja cara nak cucuk manusia ni. Dari sekecil-kecil kejahatan sampailah sebesar-besar dosa. Buat perkara jahat ni tak pernah jemu. Setuju?
Ini memang syaitan punya kerjalah bila aku rasa macam ni...
Orang tua-tua ada berpesan kalau nak sayang jangan lebih-lebih, takut nanti bertukar benci dan sebaliknya.
Bercakap tentang soal rasa, tak siapa pun tahu bila kita nak rasa on top of the world, bila nak rasa jadi alas kaki. You know what I mean?
Cinta lama
Lepas kisah aku dengan ex berakhir, aku memang nak kuatkan semangat tak nak lagi rasa sakit. Tak nak lagi jatuh cinta. Tak nak lagi layan jejantan tak berkualiti yang bersepah ni. Kawan tak apa. Kawan saja. Jangan sampai main soal hati. Ahhh! Konon.
Memanglah bila in love... everything goes right, keliling kita berbunga-bunga sakura, doing things ridiculously like nobody business... bagaikan dunia ini ana yang punya. Aku bukan nak menidakkan kehadiran cinta, bukan menolak fitrah manusia yang memerlukan seseorang untuk berkongsi perasaan, bukan tak ada rasa nak disayangi. Tapi rasa macam belum sampai masanya. Orang kata kubur pun merah lagi. (haha motif?!)
Aku masih ada kawan-kawan, masih ada mak dan abah, why should I chase something that weren't made for me? Mungkin cinta bukan untuk aku. Mungkin ada benda lain yang lebih penting dari cinta.
But still, I feel like a loser. Empty. Walaupun hakikatnya aku boleh kenyit mata pada mana-mana lelaki dan mereka datang menyembah kaki.
Hakikat
Kadang-kadang usaha untuk mempositifkan diri dan menaturalkan perasaan sangat payah. I'm easily fall for the wrong person and keep repeating the mistakes.
Bos pernah cakap, sekali kepercayaannya tercalar mungkin masih ada kemaafan dan peluang kedua tapi kepercayaan tu tak kan sama lagi sebagaimana mula-mula dulu. Bos pernah cakap, bila sekali kita buat kejahatan, orang akan kenang dan cakap sampai bila-bila biarpun beratus kali kebaikan yang kita lakukan.
Macam itulah aku rasa sekarang. Sebab aku pernah dilabelkan "gadis liar" maka selamanya lah orang akan berkata. Bila kawan lelaki ramai dikatakan perempuan murahan. Hmm.. mulut orang. Aku dah tua tak perlu nak melenting marah. Biarlah apa orang nak kata.
Dan pokok kepada isu ini adalah kerana bila ada manusia mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan aku. (eh? ada kena mengena ke?) Macamana nak tunjukkan kejujuran? Keikhlasan? Subjektif sungguh. Too many experiences, too talkaltive lead too much problems. I tend to say something that might hurt someone. Letihlah kalau begini selalu. Nak minta jadi bisu boleh?
6 bulan lepas aku ambil keputusan untuk memencilkan diri. But that's not me. Aku perlu bersosial. Terperuk dalam dunia yang sediada ini bakal membawa aku ke hospital sakit jiwa.
Dalam hati ada taman, TAPI...
Baca semula sms-sms dia, aku tak yakin kami boleh terus kekal. Walaupun sebagai kenalan. Kata-kata aku selalu buat dia terasa. Semacam aku tak pandai menjaga hati dia. Semacam aku mementingkan diri sendiri. Terlalu kerap aku dan dia berselisihan faham. Tapi hakikatnya aku tak pernah ada intention yang sebegitu.
*tampar pipi sendiri* Sedar diri Syima.
Aku lupa, aku dan dia cuma berkawan. Kawan. Perasaan sayang yang wujud ini cuma bersifat sementara. Tak boleh bawa ke mana pun. Ke kiri tak boleh, ke kanan pun tak boleh. Dia milik seseorang. Aku yang tak sedar diri. Aku yang mencari penyakit. At last aku sendiri yang sakit.
Should I say good bye now?! Saya tak mahu buat awak sedih lagi sebab kata-kata saya. Saya tak pandai menjaga hati awak. Dan saya tak nak hidup dalam andaian liar awak. Awak tetap tak nak percaya bila saya cakap saya tak ada siapa-siapa. Or itu cara awak nak skip dari hidup saya? Saya tak tipu tapi awak kata saya menipu dan tak mahu mengaku.
"orang yang sayang betul didn't treat like that"
"u tahu I sayang u and u take it for granted"
Bila tiada kepercayaan pada saya dalam diri awak, keikhlasan saya memang awak tak nampak. Lagipun perasaan sayang kita ini tak ada future. Awak milik mereka. Saya berangan lebih. Tolong lempang saya. Sedarkan saya hakikat sebenar. Tapi awak tahukan yang saya sayang awak??
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...