Cari Blog Ini

Ahad, 8 April 2012

Flora, kucingku yang pernah STRESS!

Psychogenic Alopecia adalah terma yang digunakan untuk keguguran bulu berlebihan akibat tekanan psikologi (psychological stresses). Tanpa kita sedari, haiwan mudah terdedah kepada tekanan dan kebosanan. Tekanan dan kebosanan menyebabkan haiwan kesayangan kita banyak menghabiskan masa berdandan dan membersihkan bulu secara berlebihan.

Antara penyebab-penyebab tekanan yang sering dikenalpasti ke atas kucing-kucing belaan: 

  • Berpindah ke rumah/bilik/sangkar baru 
  • Kematian atau kehilangan kucing sepermainan 
  • Kematian atau kehilagan ahli keluarga pemilik kucing 
  • Kehadiran individu baru dalam keluarga pemilik kucing 
  • Kehadiran kucing baru
  • Tekanan yang di hadapi oleh pemilik kucing seperti kehilangan pekerjaan, baru berpindah tempat kerja baru, kehilangan orang yang tersayang boleh memberi kesan kepada 'mood' pemilik kucing dan memberi impak kepada kekerapan pemilik kucing berada di rumah untuk meluang masa bersama haiwan-haiwan kesayangan
  • Kebosanan mudah menyerang kucing-kucing yang dibela bersendirian tanpa kucing lain sebagai teman bermain, tiada permainan (toys) untuk menggalakkan mereka bermain ataupun sering ditinggalkan bersendirian dan kurang mendapat perhatian daripada pemilik masing-masing.

Psychogenic Alopecia dikesan dengan kehilangan bulu bermula pada bahagian perut, dan merebak ke bahagian peha dan pangkal ekor. Ada sesetengah kes, bulu akan terus hilang pada bahagian belakang badan.
Flora pernah botak sekejap pada akhir Disember 2011
Masalah ini tidak akan menjejaskan kesihatan kucing anda dari sudut negatif. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi mendapatkan pemeriksaan veterinar atau doktor haiwan bagi mengenalpasti punca-punca keguguran bulu pada kucing anda.

Sekiranya Psychogenic Alopecia adalah punca keguguran bulu pada kucing anda, anda boleh mengurangkan tekanan dan kebosanan kucing anda dengan meluangkan lebih banyak masa untuk bermain bersama, bergurau dan bermanja. Fikirkan jenis permainan yang kreatif yang boleh dimainkan bersama dan sentiasa mengubah jenis permainan supaya kucing anda tidak cepat bosan. 

sumber.


until then.... bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...