Cari Blog Ini

Selasa, 29 Mei 2012

Sayang awak lah, bodoh!

"Sayang awak... "

Mesti suka hati mendengarnya kan?

"Saya sayang awak lah, bodoh" (baca dalam intonasi bukan menengking)

Kedengaran seperti kasar? Atau manja?

Bila dalam hati ada taman rama-rama, perkara pelik macam ni selalu berlaku. Pada aku peliklah sebab kata hati dah sayang lepas tu nak panggil bodoh pula. Tak pelik?

Itulah bahasa cinta.

Aku bukan nak war-warkan pada dunia aku dalam mood percintaan. Terdetik untuk share apa yang aku rasa dan fikirkan sekarang.

Contoh bahasa panggilan cinta yang dah worldwide:-
Abang - Ayang
Yayang - Manja
Papa - Mama
Baby - Honey
....dan banyak lagi.

Eleh. Macam tak biasa. Ada orang "saya - awak", ada orang "I - you". "aku - kau" pun ada kan??

Sepanjang hidup aku ini lah pertama kali orang panggil aku "B".... auuww manja. Rasa macam baru 18thn. Bukan singkatan dari perkataan "baby". B itu datangnya dari "CHUBBY". Ye, sebab aku tembam. Kena sangatlah nama chubby tu. Dan sepanjang perkenalan kami juga dah empat kali dia tersasul panggil "BABI"... Babi okey?? Tersentap makcik.

Nak tau apa panggilan dia? Dia lah PAKCIK!!

Pakcik - Chubby

Sila masukkan gelaran kami berdua dalam kamus bahasa panggilan cinta. Puiii! Puiii!

Ahh...Tiba-tiba rasa rindu. Saya sayang awak lah, bodoh!!


P/S: Menyintai tak semestinya memiliki. Memadai kasih dan sayang sebagai seorang sahabat. Kan???


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...