:(
Rasanya sejak bertukar menjadi pengguna Blackberry 9810 macam-macam jadi. Mungkin aku tak serasi guna touchscreen version.
Semalam masa bawa mak dan Amier jalan-jalan di Kelip-kelip Kg Kuantan, aku cuba call seorang kawan penguatkuasa majlis konon-konon nak komplen pasal rudeness staff tempat rekreasi tu. Dia tak jawab. Masuk voicemail. Sibuk dengan keluarga agaknya.
Selesai aktiviti di situ kami balik. Aku sampai rumah dalam 10.30pm lebih kurang, letak handphone atas tv. Landing atas sofa, layan laptop. Dalam 11pm lebih baru terasa nak pegang handphone balik. Pergi capai handphone atas tv semula.
Tatkala masa tengok screen handphone, aku rasa nak menjerit. 57minit?? Nak nangis. Aku payah nak buat panggilan keluar selama itu kalau tak penting. Mesti banyak nak kena bayar ni. Masuk voicemail memang @#$#^$*^&()!
Cepat-cepat check unbilled transaction pagi ni.
Almost RM10. Akibat tergesel di mana-mana. Tercall call out. Kambing betul.
***
Teringat insiden bergaduh dengan pakcik dulu-dulu. Kes yang hampir serupa. Tertekan lagi. I BBM him a picture. Eksklusif for him, tak share dengan siapa-siapa. Sekali entah macamana aku tak perasan the picture was send as mms dan tersimpan as a draft. Mujur masih simpan jadi draft. Tak pasal pakcik saspek aku nak send gambar tu pada orang lain.
Tapi disebabkan itu pakcik tidak pernah lagi bersangka baik tentang aku. Eh bukan pasal itu. Lain.
***
Dulu masa pakcik tengah rajin bergayut dengan aku, telinga badak aku ni selalu ter-touch MUTE di screen handphone ni. Bila dah mute, dah tentu tak dengar suara aku. Aku punya lah semangat bercerita. Haram dia tak dengar. Bengong betul. Nak salah kan telinga ke handphone?
Kesimpulannya, aku dah macam tak suka dengan handphone touchscreen.
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
me too...hp touchscreen ni banyak bahaya dari bahagia..kekdang kita jujur tp org suka berprasangka..hurm..nasib2
BalasPadam