Cari Blog Ini

Isnin, 11 Jun 2012

Maafkan saya Flora

Aku dah buat kesilapan besar dan berulang.

Maafkan aku Flora...

Kelmarin, aku dah bagi Anon si oren tengah pada satu keluarga India kawan kepada jiran aku.

Sayu hati masa menyerahkan Anon pada mereka.

Belum sempat 24jam, Anon tak bersama cikonet dua ekor itu, petang tadi aku jumpa si Mayo kesayangan mommy dan daddy mati. Dan sampai sekarang Atik tak dapat dijejaki.

Aku lupa nak kurung dua ekor itu ke dalam cage, aku lupa. Sekarang sedih aku tengok Flora dengan kantung susunya yang penuh, ke hulur ke hilir mengeow mencari anak-anaknya.

Aku rasa bersalah sangat.

Hari ini, hari yang sangat tidak menggembirakan aku. Langsung tidak.

- Pakcik dah berterus terang dengan aku.

- Anon dah ada keluarga baru.

- Mayo yang manja itu telah pergi selamanya meninggalkan aku.

- Atik belum ditemui.

Tabahkanlah hati aku. Kesemua peneman aku dikala sunyi hilang sekelip mata.

Maafkan saya, Flora...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 ulasan:

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...