Cari Blog Ini

Khamis, 21 November 2013

Berjinak-jinak dengan Shaklee

Dah namanya perempuan... asal keluar produk baru yang menjadi fenomena, semua nak try. Betul tak? At least nak cuba juga sekotak / sebotol. Yang mana jenis rentung, hati kering tu memang tak akan terpengaruhlah kan?

Macam aku ni, bila terpengaruh, pergi beli tapi makannya tak consistent.

Semua orang dok sebut-sebut Shaklee sekarang. Dulu Herbalife. Lepas itu corset Premium Beautiful. Macam-macam... Dalam banyak-banyak produk yang aku consume, aku terpanggil nak mencuba secara serius tentang produk Shaklee. Cewahhh... secara serious konon.

Ok tipu sebenarnya...

Badan naik rashes dan gatal-gatal
Antara sebab aku cuba Shaklee. Dah setahun aku repeat pergi klinik dan famasi ambil ubat-ubat tahan gatal yang aku hadapi hampir setahun. Parut di muka dan badan usah dicakap la. Pantang panas dan berpeluh, pasti tergaru-garu seperti monyet. Sampai luka. Sedih tau hidup asyik makan ubat je, risau kalau consume ubat prolong akan effect buah pinggang.

Sunburn melampau and non-stop
Since Jun sampai bulan November 2013 ni, kadar kekerapan berjemur dibawah matahari sangat memberangsangkan. Banyak melibatkan aktiviti outdoor. Faham-faham saja lah kalau dah sunburn, bukan sepantas 5minit kulit nak menjadi cerah semula. *nanges* Nak jadi gelap dok 15minit tengahari buta tepi laut, confirm kulit bertukar tanned.

Sembelit. Susah nak berak
Mak kata aku memang jenis suka peram tahi. Dari baby dulu. Sekarang dan 30 tahun, masih macam itu juga perangai. Tak senonoh kan? Tahu tak perbuatan menahan berak ini akan menyebabkan badan kita penuh dengan toksin? Dah tu, aku jarang makan buah untuk detox jauh sekali nak minum teh orang kampung.

Sebab-sebab di atas lah aku berani membuang duit beratus-ratus untuk mencuba keberkesanan Shaklee ni.



Muka orang yang baru sebulan lebih consume supplement Shaklee.

Nanti kita cerita perubahan-perubahan lain...


1 ulasan:

  1. Ntah2 muke ko alergik..sbb consume mendr ni.. Ade kandungan yang x sesuai kot..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...