Cari Blog Ini

Khamis, 3 Januari 2013

Ditipu, tertipu, asam garam kehidupan. Itu nikmat kehidupan

Alhamdullilah. 

Biarpun perit, tapi saya tahu semua ini berlaku dengan kehendakNya. Ada masa saya tersenyum mengenangkan perkara ini berlaku. Ada masanya saya menangis mengenangkan kebodohan saya. Ini kesalahan yang sering saya buat, maka saya mengaku saya seorang yang bodoh dan buta dalam menilai keikhlasan manusia. 

Sebelum tidur semalam, saya tersenyum. Berasa sangat lapang rasa di dada bila mengetahui hal yang sebenar. Betul saya terkejut seketika dan menangis beberapa saat. Tapi kemudiannya saya tersenyum kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Manusia.... manusia.... setiap perbuatan ada balasannya. Saya percaya itu. Sebijak mana pun kamu manusia yang pandai berkata membelit, pasti satu hari kamu terduduk menyesali perbuatan kamu sekarang. 

Syukur. Redha. TQ YB



Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...