Cari Blog Ini
Selasa, 21 Julai 2015
Resipi Spaghetti Aglio Olio Simple
Tetiba malam tadi teringin nak makan spaghetti Aglio Olio ni. Susah betul nak menyebut. Mulanya nak mengajak encik suami ke Pizza Hut. Bila fikir semula harga sepinggan tak sepadan dengan rasa kenyang, aku google resipi dia. Senang nak mampus rupanya. Semua benda ada kat rumah kecuali udang. Minta si Isdin pergi beli udang sikit.
Kredit kepada resipi aku bukan cheff
Bahan2:
1/2 paket spageti direbus- aku pakai spageti halus angel hair tu.
10-12 ekor udang
1/2 cawan air
sedikit serbuk pati ayam
2 sudu makan mentega
2 sudu minyak zaitun
5 ulas bawang putih (cincang halus)
3 - 5 biji cili api (dicincang halus)
1 biji cili merah atau hijau (dicincang)
daun sup (dihiris)
beberapa biji tomato ceri (belah 4), aku pakai tomato besar tu je lepas tu dadukan
sedikit lada hitam (ditumbuk) garam secukup rasa.
oregano, chili flakes
Cara masak:
Aku pakai dua peralatan, periuk kecil dengan kuali nonstik.
Mula-mula rebus kulit udang dengan sedikit air dan serbuk pati ayam dalam periuk, bekas kecil. Air tak perlu banyak. Dalam setengah cawan sudah. Satu lagi kuali non stick panaskan mentega dan gorengkan udang sebentar. Angkat dan ketepikan. Dengan menggunakan kuali yg sama, panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan cili api dan cili hijau/merah. Goreng sehingga kekuningan dan kemudian masukkan stok udang tadi. Kemudian masukkan spageti, lada hitam, nak rasa pedas bubuh lada putih juga. Jangan lupa letak garam, tomato dan terus tutup api. Masukkan oregano n chili flakes. Kacau rata.
Siap!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...