Hari ni macam biasa father n son playing, emak n anak main-main. Sekali dia berak, kita change diaper.
Biasa dalam jam 9.30pm aku dah bawa TA masuk tidur. Dodoi, punya dodoi dia tak mahu tidur juga.dah cek perut, tak ada kembung,l. Asyik merengek, dari merengek sampai menangis, meraung. Aku cek diaper kosong, tak ada bauan apa-apa. Bergilir-gilir dukung, kejap aku, kejap isdin, kejap Maktok. Acara menangis ni sampai jam 1am kami ikhtiar meronda naik kereta. TA terlelap tapi still tak lena, bila terjaga dia menangis semula. Aku cakap pada isdin, bawa pergi klinik, risau tengok dia terus meracau macam tu. Oleh sebab aku dan isdin just berbaju tidur, harus lah tukar baju untuk ke klinik. Isdin plak kebetulan sakit perut nak memerut dulu.
Ok nak pergi klinik, kami siap tukar baju tidur dia (mak advise) ingat dia tak selesa dengan baju tidur yang mula-mula pakai tu. Lepas masuk kereta, belum lagi keluar taman, aku terdetik nak buka tape diaper (bukan cek intai tu).
Rupanya kat dasar tu dah ada kaler hijau. Allahuakbar, dia merengek sebab nak bagitau dia dah berak lagi. Nasib lah tak sampai ke klinik lagi. Kalau tak, tah hape-hape ubat doc bagi. Selalunya PCM la kan.
Sorry la gambar kotor. Najis berwarna hijau ni pun sign kepada masalah pencernaan baby, samada tak dapat full nutrisi, susu foremilk lebih byk ke, mak yg makan jamu, dll - jenuh Google. Ye doctor Google.
Semalam aku demam, makan nasi pun tak lalu. Asik mkn panadol extend. Kebetulan 3 hari sebelum tu aku terseliuh, makan ubat doktor macam2 dah. Aku rasa efek juga la pada TA since dia masih menyusu badan.
Rasa bersalah sangat pada TA malam ni. Lepas cuci dan tukar diaper, dia tidur dengan senang je pun, sambil peluk nenen dia.
Ammi minta maaf tau 😓😢. I'm still learning.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...