Hari ini hari Sabtu.
Apa kena mengena dengan hari Sabtu?
Pukul 5pm Chenta telefon untuk booking meja di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram. (Tempat aku buat birthday suprise untuk Chenta)
Hampir 7pm, kami sampai.
Arghh.. Tak ada parking, banyak kereta dan mostly Viva memenuhi bahu jalan.
Aku ke kaunter, "Meja atas nama A****?"
Budak kaunter tunjukkan arah. Kami duduk. Memang di situ meriah dengan orang. Mungkin geng-geng Vivaonwersclub. Yang selebihnya tak pasti.
Tunggu punya tunggu, dah azan maghrib. Waktu berbuka. Tapi hidangan kurma dan buah-buahan tak sampai lagi. Aku dah panas. Lantas ke meja kaunter untuk komplen. Masih tiada feedback.
Marah aku semakin membuak-buak. Chenta kata sabar. Mana boleh sabar, bukan kita tak booking awal-awal tadi. Aku ke kaunter. Budak kaunter cakap, sebab kami lambat booking. Lambat apa kejadahnya?
Akhirnya Chenta ke kaunter pula. Chenta cakap pada budak kaunter tu, "kalau tak siap lagi order, kitorang balik dulu".
"Nanti dulu. Kejap lagi sampai lauknya".
Malang sekali aku hari ini, dahlah lewat dapat makanan, buah kurma tak disertakan. Makanan pula dah sejuk. Maknanya makanan tu dah dimasak tapi lupa nak dihidangkan. Huh, tak kesampaian nak beromantiko dengan Chenta.
Masa kami buat bayaran, aku sedikit sound pada budak itu, tapi Chenta halang niat murniku itu. Langsung menaikkan rasa tak puas hati dalam diri.
Akhirnya masing-masing angin tak betul. Aku benci keadaan macam ini!!
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
sabo weh... bulan ramadhan kene byk2 bersabo. hehehehheheh
BalasPadamaku agak beremosi yang negatif bila lapar... yang mana akan efek keadaan sekeliling...
BalasPadamKalo nak wat surprise, makan je kat hotel, kalo dah tau kedai biase memanglah ramai orang, lepas tu semua nak makan sharp 7.30 mane sempat siap, saya pun pernah berbuka puasa di kedai makan,kite kenelah paham situasi mereka....
BalasPadam