Aku nak sangat bercerita episod perit getir yang aku lalui dalam seminggu ni tapi biar gambar menceritakan segala-galanya.
Sorry for the bad picture. At 5pm, bos aku dah suruh stanby untuk buat pemantauan di stesyen-stesyen minyak menghala Sekinchan-Sg. Besar-Sabak Bernam. Sangat mengharukan by 8pm dalam kebasahan jalan dan hujan renyai-renyai kereta dah mula queue up on the road. Semua nak kejar untuk isi full tank yang cuma akan bertahan untuk beberapa kilometer sahaja. Aku dah senak perut sangat fikir masalah yang akan timbul dek kenaikkan harga minyak ni. Aku tengok orang kat dalam kereta sebelah, serious je. Mungkin tengah fikir macam apa aku fikir. But in the same time ke-teruja-an wujud dalam diri aku menyaksikan satu fenomena yang sangat jarang berlaku. Jalan sangat jamn di kawasan kampung!! Mereka pun guna minyak juga kan?
Sebuah stesyen minyak di Sekinchan. Tengok saja la, bukan kereta, motor saja yang berebut, lori pun berebut!! Jangan tak tahu kami terpaksa leraikan perang mulut mereka yang berlumba-lumba untuk isi minyak ini. Ye lah, semua jadi tamak, pentingkan diri sendiri bila keadaan terdesak macam ni.
Ini pula di pump station di Sabak Bernam. Macam pesta plak! Boleh?? Ada yang bawak botol-botol kosong untuk buat minyak reserve. Berapa lama nak tahan wei! Ramai pula aku tengok Rempitan mengisi minyak motor diorang. Hai.... masih nak merempit lagi dalam keadaan genting macam ni.
Keadaan agak terkawal di BHP Sabak Bernam (Kalabakan kot?) but still the cars had to queue up to wait their turn.
Aku sangat respect dengan abang-abang polis yang turut menjaga trafik malam tu. Sebenarnya pakcik-pakcik yang bawa motor ni akan bawa botol kosong, so while waiting the car betul-betul berhenti dan tuang minyak, dorang ni la yang sambar nozzle dari tangan pump attendant, then tak berhenti-henti bertukar tangan si penuang minyak dalam botol ini. Kesian kat kereta yang beratur panjang-panjang kena menunggu. Tapi ada satu insiden yang aku tak tau nak klasifikasikan sebagai lawak atau simpati. Brader ni dalam lingkungan 30-an, rambut ala-ala rockers moden, panjang la. Tiba-tiba menjerit " Woi! Orang lain pun nak isi minyak jugak. Bini aku dah nak beranak kat umah tu. Bukan nak isi banyak pun! RM10 je!" Aku bajet tu salah satu taktik nak tuang minyak, nak potong line la konon-konon. When it come to his turned, dia memang isi RM10 je! Dan dengan keadaan macam kelam kabut, kereta tu memecut keluar dari stesyen. Boleh? Maka aku terus berasa amat bersalah kerana buruk sangka terhadap brader itu. Sorry abang rockers!
Dah pukul berapa tu? Selagi belum sampai detik pukul 12mlm selagi tu la orang ramai masih berpusu-pusu nak isi minyak. Sampai satu masa semua kenderaan dah tak boleh bergerak sebab banyak yang cuba nak potong queue. Bunyi hon yang menggamatkan suasana. Aku meng-volunteer-kan diri jadi anggota Rela untuk meng-trafik-kan diri dengan kejelitaan yang ada. Ha'ah, mana anggota Rela? Bukan dorang ke yang selalu jaga trafik bila kenduri? JPA ke? Semua tak de, ni kes nak ambil peluang isi full tank kereta/motor.
Kesian aku, kesian semua. Aku buat kerja pun orang ramai masih komplen. Aku buat kerja banyak pun gaji macam tu juga. Minyak naik, claim tetap sama. Sadis sungguh!!
hmmm sabo jer la...aritu sangat penat..nasib aku drive skang naik tren jer la...nak save budget dan nak berjalan2 cuci mata cari laki...huhuhhuhu
BalasPadamweh... jgn enterprem nak cari jantan macam tu sekali.. jgn tunjuk kita ni desperate oii... control bebeh...
BalasPadamkalau la enjin keta leh guna air kencing kan senang...hehe...
BalasPadamtp susah jugak bg kaum hawa...
hmmm???
zul, lepas ni aku kena cipta "corong ajaib" untuk kaum hawa kalau kereta boleh pass pakai air kencing...hahahha
BalasPadamhaha...ini la dinamakan biofuel...gomen ptt fikirkan inisiatif ni...cuba jgn x cuba cipta,mana tau,ko leh patenkan hasil ciptaan tu.leh wat duit wo...settle utang2 ko nanti.huhu
BalasPadamair kencing?? biofuel?? tak pe... nanti aku cari org yg leh buat kajian ttg air kencing ni..
BalasPadamye la biofuel...ko gunakan sumber2 biologi sbg pemangkin utk menjanakan enjin(Cheewah!)
BalasPadam