Cari Blog Ini

Jumaat, 13 Jun 2008

Emosi tergendala

Aku bekerja dalam satu organisasi yang kecil. Isunya ialah organisasi aku adalah DOTT! Patutnya aku bersyukur, kerana peluang bekerja dalam dot dot bukan senang nak dapat. Biar pun macai. But since aku di sini, aku langsung tak jumpa apa-apa keistimewaan yang perlu aku banggakan sepanjang dua tahun bekerja. Bila bercakap tentang warga dot dot, dah tentu ramai yang terlintas dalam kepala otak tentang karenah birokrasi, pilih kasih, gosip, PHD dan sebagainya. Ye la aku admit semua tempat kerja macam tu. Tapi aku nak cerita tempat kerja aku.

Oleh kerana aku ni seorang wanita vogue, perlukah aku mengikut rentak orang-orang disini hanya disebabkan peribahasa "masuk kandang kambing, mengembik, masuk kandang harimau, mengaum". B##ls#it! Di alaf baru yang semakin mencabar macam ni, masih ada... sebenarnya ramai yang tak nak kan perubahan. Ok.. diulangi RAMAI YANG TAK NAK KAN PERUBAHAN. Kalau boleh stagnant, bodoh macam tu jer selamanya. Sangat cacat otak okehhhhh! Tapi oleh kerana aku ni ala-ala nak merubah mereka, aku cuba buat sesuatu pembaharuan, smooth and steady. Mak ai! Aku lebih dihinggapi cas-cas negatif dari positif. Sangat sakit hati.

Tempat keje lama aku dulu sangat bersatu padu, boleh dikritik dan menerima kritikan. Kalau kat sini, kalau dulu aku pakai temulawak, A up lagi pakai maybelline, bila aku tgk tv 29", esok dia pun beli tv 29', kalau hari ini aku pakai baju lip lap lip lap, A lagi hebat dari jauh dah memancar-mancar labuci dia. Aku sambung degree, A pun sambung jugak walaupun tak de qualification. Sifat dengki mendengki yang maha hebat. Aku bukan nak menghina, tapi ini la komuniti melayu. Lama-lama asyik macam ni jer, aku pun boleh jadi macam diorang. Sangat letih! (Kes 1 - Cerita di atas adalah contoh dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak yang hidup ataupun dah mati)

Apa korang nak buat kalau setiap yang kita buat, kita plan, something yang kita invent dah mendapat persetujuan 70% tapi dibantah keras oleh seseorang yang pangkatnya lebih sikit dari kita? Sikit je, tak tinggi mana pun. Setan betul! Yang 70% menyokong tadi senyap tak berani nak backing kita. Apa perasaan korang? (Kes 2 - yang masih dalam perbicaraan)

Apakah korang senang duduk bila korang dah nampak kepincangan pejabat itu tapi korang tak dapat nak betulkan? Contoh, tugas B menaip. Tapi B asyik delayed. Boleh tolak-tolak kerja. Boleh lepak-lepak minum kat cafe. Dan yang pasti bos tak pernah or tak berani nak tegur. F**k okeh!! Lama-kelamaan lemak babi B akan tebal setebal lemak babi juga. Boleh?? (Contoh -kes 3)

Aku terseksa!!

Mak aku pernah cakap, "Awak tu rambutan je, bos tu ibarat durian..."

Aku tak berapa pasti nak memperjelaskan statement tu, tapi aku boleh faham, what so ever we do we still ain't got the power. There are always BIG people above us and goverment policy should be forever "YES BOSS". Tapi sampai bila? Kalau dia tak betul pun kita perlu biarkan? Dulu aku menangis sangat-sangat bila emosi tak terkawal macam ni. Ye la, aku ni kan dulu lembut orang nya, tak suka mencarut, menghina... but since i worked here, i've been more selfish, rough and rude. For god sake, this is not me! Bos lama aku pun hairan macamana aku sekelip mata berubah sikap.

Ini pemberontakan dalaman yang sedang aku facing through. Wei!! Aku tak tau apa yang aku sedang merapu ni! Gara-gara dah terencat la ni!

10 ulasan:

  1. syima...syima...
    kerja dlm goment ni perlu ke kreativiti?perlu ke buah fikiran yg bernas?perlu ke projek² individual?benda alah ni semua,dlm swasta je,semata² utk secure job kita dlm company tu.dlm goment,job ko dh secure pun,watpe la diorang nak 'merajin-rajinkan' diri sendiri.
    kau nak ubah cara kerja diorang?diorang tu dah berapa ratus tahun kerja camtu,buang karan ko je.lebih baik,ko masuk ofis main game je kt pc x pun lyn YM.sedangkan bos ko tu,si PakLah tu pun x merubah,inikan kau nak merubah diorg?ko nak masuk kandang kambing,nak mengaum pun diorang pedulik apa,diorang semua kambing,ko je rimau.plg kuat ko boleh mkn,sekor je.pastu ko mati sbb bau kambing mcm sial lg.lebih baik ko jd kambing jugak.hehe...

    BalasPadam
  2. adakah ko sedang mencadangkan aku supaya menjadi pasif dan lembab spt segelintir orang kerajaan yang lain?? adeh... tak kan nak tukau keje?? anyway thnx... aku rasa aku kena jadi kambing jgk la... biar bau busuk kesialan tu menjadi badi semua orang.. senang ati aku... semua mati!

    BalasPadam
  3. hai syima, ni syuhada. masa kt sitiawan kita satu skola rendah.Ingat kan?


    (boleh x sy nk link blog ni ker blog sy?)

    BalasPadam
  4. tak payah la jd lembab,kalu ko jenis yg aktif.tp ko kena ingt jugak,kalu ko aktif,diorg nampak pasif,so nanti hasad dengki dan kianat tu wujud la.lebih baik buat 'cool' je.lantak la nak jd apa pun kt jabatan ko.

    BalasPadam
  5. zul... masalah nye aku cuba buat cool... tapi sakit mata tgk kelembapan mereka buat kerja. adeh... lembab...lembab...lembab... asyik ngular jer, camana nak progresif macam ni?

    BalasPadam
  6. Salam. tersenyum saya baca emosi tergendala ni. saya makin tersenyum bila baca komen-komen yang tertera.
    Sebenarnya bila kita bekerja, naluri mencari keredhaan sangat penting...itulah kepuasan yang sebenarnya. Kalau kita menipu naluri kerja yang sebenarnya ada dalam diri kita...lambat laun ia akan 'membisikkan sesuatu' kepada kita...sesuatu yang akan kita kesali. Moga kita teruskan kerja dengan 'keinginan kerja' kita yang sebenarnya.

    BalasPadam
  7. relax beb....sume mesti ader solution....

    BalasPadam
  8. betul tu, kerja dgn ikhlas hati... untuk mencari keredhaan... tapi kadang-kadang ada bisikan halus yang menghasut aku untuk busuk hati. Letih melihat keletah mereka ini yang tak serious. Manusia biasa tak terlepas dgn hasutan iblis...

    BalasPadam
  9. senang cita ko bakar la ofis ko tu...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...