Cari Blog Ini

Selasa, 17 Jun 2008

Kenduri kahwin sekarang untuk menunjuk-nunjuk?

Ini bukan yang aku reka-reka sendiri ok?? While blog hopping aku terjumpa artikel ni. So aku nak kongsi dengan korang-korang yang belum kahwin dan kawan-kawan lelaki yang pasang niat nak kahwin lagi.


Majlis berkat jika patuhi syariat BAGI setiap pasangan yang diijab kabul, mereka diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka. Majlis kenduri kahwin dianjurkan agama dan hukumnya sunat.

Justeru, sesuailah dengan amalan yang dilakukan masyarakat hari ini, apabila ada perkahwinan diadakan majlis kenduri dengan dijemput orang ramai menghadirinya. Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? "Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.”

Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih) Tetapi dalam situasi kebelakangan ini, sesetengah majlis kenduri kahwin seolah-olah menjadi arena untuk menunjuk-nunjuk dan bersuka ria, diadakan besar-besaran di hotel mewah, membabitkan tetamu istimewa saja dan bercampur dengan unsur maksiat.

Apakah ini bentuk walimatul urus dalam Islam? Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam sepatutnya bersederhana apabila mengadakan majlis itu, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya bersederhana dalam semua perkara. Amalan sederhana itu katanya, bertujuan mengelak pembaziran dan unsur maksiat dalam majlis kenduri berkenaan. Gesaan bersederhana ini sesuai dengan ayat 26 surah al-Isra' bermaksud:
“Berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir hak masing-masing dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.”“

Menurutnya, majlis kenduri terbabit boleh menjadi majlis yang diberkati jika bertepatan dengan anjuran Islam, tetapi sebaliknya menjadi majlis terkutuk apabila bercampur aduk dengan maksiat. Bagi memastikan walimah yang diberkati Allah, pertama, kena menggunakan sumber rezeki yang halal, iaitu wang yang digunakan untuk majlis terbabit tidak diperoleh melalui cara haram.

“Majlis yang diadakan itu juga perlu jauh daripada unsur riak iaitu menunjuk-nunjuk dan bertujuan berbangga-bangga dengannya,” katanya. Mohd Rani menegaskan, walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama. “Elak daripada bercampur dengan unsur yang diharamkan, tidak melalaikan, tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tiada lagu yang melalaikan dan benda lain yang tidak baik. “Ulama besar yang warak dulu tidak menghadiri majlis kenduri apabila ada bunyi gong atau gendang, kerana mereka tidak mahu dilalaikan benda seperti itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, apabila mengadakan majlis kenduri kahwin jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan. “Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan,” katanya. Mohd Rani berkata, masyarakat juga perlu mengelak daripada menjadikan walimatul urus seolah-olah satu bentuk komersial dengan menetapkan bayaran tertentu apabila mahu menghadirinya.

Majlis ini perlu dilakukan dengan ikhlas. Tetamu juga perlu ikhlas dan apabila ada sumbangan atau hadiah kepada pasangan pengantin terbabit hulurkan dengan niat sedekah sebagai satu ibadat. “Orang dulu membantu pihak yang mengadakan walimah dengan membawa sedikit bahan makanan seperti gula,” katanya sambil mengingatkan pihak yang mengadakan walimah supaya tidak memaksa atau memandang sinis kepada tetamu yang tidak menghulurkan sumbangan. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian adalah menyusahkan tetamu terutama golongan miskin, malah berlawanan dengan roh Islam.

Sementara itu, menurut Datuk Daud Che Ngah, sesetengah majlis kenduri kahwin kini tidak menepati anjuran agama kerana majlis dihadiri golongan tertentu saja iaitu orang kaya sesama orang kaya, manakala yang miskin diabaikan malah program kebaratan. “Orang yang mengadakan kenduri dengan menjemput orang kaya saja manakala orang miskin tidak dijemput, kenduri itu kenduri terburuk. “Jika panggil orang besar, hebat, saya ingat orang itu saja yang tahu, orang kampung tidak tahu. Ramai yang mengadakan kenduri perkahwinan kerana bangga dan riak (menunjuk-nunjuk)” katanya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.”

Katanya, dalam perkahwinan boleh mengadakan kenduri tetapi jangan terlalu mewah, bercampur maksiat dan terdedah aurat.

Memanglah aku tak kahwin lagi, bau-bau untuk kahwin ni pun tak ada lagi tapi sebagai manusia aku nak saling ingat mengingati. Kalau boleh aku nak kahwin sesimple yang boleh tapi memandangkan minyak dah naik mendadak, dah tentu-tentu yang lain pun turut kena tempias. Mungkin nanti aku nak buat wedding reception yang sangat kecil untuk kawan-kawan dan saudara mara terdekat. Berangan la sangat!!!

4 ulasan:

  1. releks aku baru jer terpikir if we save more in wedding budget adalah lebih selamat kerana tak sume kekawan akan dtg wedding kiter...so aper2 pon udah save duit untuk kegunaan kiter selepas kawen...

    BalasPadam
  2. Seronok hadir kenduri kahwin di kampung.. tengok orang kampung - riuh rendah bergotong royong. orang laki buat bulatan duk potong daging lembu, perempuan duk kat dapur ..pot pet pot pet di dapur - sibuk buat kerja dapur..

    BalasPadam
  3. tapi sekarang, kenduri kat kampung pun dah pakai katering.. sume orang buat.

    BalasPadam
  4. to cik rieha, sapa kata kengkawan tak dtg. ko tu je yg slalu tak dtg kenduri org lain. kang tak de sapa nk dtg kenduri ko.

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...