Hari ini hari Jumaat, turn aku jaga kaunter.
Tapi sebenarnya orang yang sepatut bertugas di kaunter datang lewat. Aku pun dengan rela hati take over memandangkan Jumaat depan aku terpaksa balik JB. Next Friday is my actual schedule.
Aduh... Letih sangat, sebab tak dapat mengunyah apa-apa pun! Tapi pagi tadi aku dah breakfast cuma aku rasa aku nak mengunyah lagi. Kepala dah pening-pening, angin belahak tak berhenti-henti, kalah orang mengandung. Chop! Ke aku memang mengandung??!! Gila seyh! Aku main-main je la!
Last-last aku rasa macam hampir-hampir nak pitam, aku pun berlari turun mencari kedai yang masih buka. Korang lihat la apa yang aku beli. Roti stim dan Twisties, Mesti Mau! Tak kenyang tapi dapat la mengunyah. But still aku pening kepala.
Owh lupa! Masa on the way naik pejabat, aku dah makan dengan lahapnya sandwich aku. Tak sempat nak snap picture. Sungguh kurang sopan, tapi apakan daya bila dah lapar tahap kronik. Asid dalam perut aku dah mengelegak sangat. Awek-awek sopan diluar sana, jangan ikut aksi ini kerana tak mencerminkan budaya ketimuran anda.
Roti stim macamana tu? pertama kali dengar!! Twisties makanan kegemaran saya tu..tapi sekarang ni dah jarang makan, jaga kesihatan!!! hee hee
BalasPadamcikgu rashid, roti stim macam roti biasa juga. Bubuh planta, bubuh kaya then stim kan dia beberapa minit. Makan masa panas-panas, sbb masa tu dia sangat lembut. Sedap!!
BalasPadamSukanya dia makan junk food.. twisties sedaap :P
BalasPadam