Ha... kalau blog fariha under construction, aku menghilangkan diri kerana sibuk mencari interior design baru untuk rumah sewa aku. Yes, i did makeover to my hommie.
Tiba-tiba rasa sengal, nak mengubah dekorasi rumah, sempena Aidilfitri ini. Huh?! Puasa pun belum lagi. Aku bukan hilang kerana sibuk bercinta okey? Chenta dah ada di Melaka sebab ada interview tau?
Oleh kerana perasaan berkobar-kobar nak buat transformation, aku dengan housemate aku merayau seluruh pelusuk kedai di Kuala Selangor & Tanjung Karang untuk cari permaidani baru yang murah tapi cantik. Bukan ruang tamu aku tu tak ada alas, cuma selama ini kami guna tikar rotan Sarawak, dah bosan tengok. So itulah pencetus makeover. Semalam nak beli pun takut-takut, jadi aku niat nak survey dulu. Kami bersiar-siar sampai lebam. Penat betul berjalan sekarang ini. Kenaikan berat badan yang mendadak rasanya. Dalam pukul 6pm kitorang pun balik. Banyak pula kereta yang lalu dari arah utara ke selatan (KL). Dalam kepala dah berkira-kira nak beli carpet itu. Teruja wei! Yang penting, tanpa pengetahuan siapa-siapa kecuali kami berdua, aku telah meminjam vacum office. Demi rumahku!
Proses mengemas mengambil masa yang lama, maklumlah tangan masih keras bab-bab mengemas ini lagipun kerana kitorang on and off, sekejap berhenti makan, lepas itu mengelamun berangan-angan. As lah pembantu aku yang setia bersekang mata. Akhirnya Fasa I berjaya selesai pada pukul 4am tadi. Itu dah termasuk masa mengelamun, tengok tv dan makan. Rasa teruja dan puas hati tengok perubahan suasana rumah aku. Besh!
Nanti nak cari carpet pula.
Aku tidur 3 jam saja hari ini. Ngantuk!
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
relaks arrr...
BalasPadamsalam syima,
BalasPadamwahhh mana gambarnya. nak juga tengok suasana rumah tu.. suasana baru. tapi rotan sarawak kan cantik? kenapa nak tukarnya?
Apa-apapun selamat kembali semula ke alam blog. saya rasa lama benar syima tak ......
hoho...mase nak letak komen nih...umah da 100% jadik cam baru...rase kagum menguasai diri...hoho...best sungguh umah ini...
BalasPadamkapet je la tak dapat lagi...huhu...
kak..xdak gmbr makeover tuh ke?
BalasPadamletak laa gmbr sebelum n selepas makeover.. ;p