Selama hampir dua bulan ini aku menderita penyakit kulit. Bukan kusta, bukan kayap, bukan kurap. Sebenarnya lebih kepada darah. Darah aku kotor. Kenapa aku kata darah aku kotor? Aku suspect darah aku kotor sebab badan aku selalu naik bisul-bisul chumel. Hahaha bisul pun ada chumel ke? Nak cover line sikit, sebab bisul sememangnya memburukkan keadaan kulit lebih-lebih lagi kalau ada parut besar. Sekarang sebab cuaca sini sangat panas terik, aku selalu berpeluh dan tercetuslah ruam. Tergaru-garulah jawabnya.
Kali ini dah masuk 4 kali aku berulang ke klinik. Kali ke dua hari itu dapat injection. Kali ke tiga pula dapat ubat-ubat dan pil-pil yang beraneka warna. Tapi kali ini doktor tak nak bagi apa-apa ubat. Dia tak nak bagi injection sebab kata dia menatang tu cuma boleh bertahan selama 6 jam sahaja. Ubat sapu, "sampai bila?" doktor tu cakap lagi. Dia kata probably aku ada diabetes. Haa! Sudah! Aku dah cuak. Doktor suruh masuk buat pemeriksaan gula dalam darah.
Selepas beberapa minit...
Bacaan kadar kandungan gula dalam darah aku 4.7 g/mol. Masih tahap yang okay. Alhamdullilah lah kan?? So aku pelik, apsal aku jadi macam ini? Aku cerita pada doktor kegilaan aku terhadap seafood. Doktor kata ini mungkin pemangkin utama kepada kes aku. Doktor cakap lagi, "you should avoid seafood..... and EGG!" Tapi aku nak makan apa nanti?
Aku sedih, disebabkan kealpaan aku dulu-dulu, aku dah tak boleh makan seafood, telur dan AYAM!! Uwaaa!!! Sedihnya!
Nak tak nak kena ikutlah dari tergaru-garu macam berok makyei.
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
hahahha takper at least la kan ko dapat mendietkan diri kiter...
BalasPadamweh... amalkan mkn jamu la untuk cuci darah. insyaallah berkesan.
BalasPadam