Cari Blog Ini

Selasa, 22 Julai 2008

Tok Wan, kami semua akan terus merinduimu

Jumaat lepas mak dan abah menyambut 28th anniversary mereka. Baru aku tau kenduri itu sempena ulangtahun mereka selain house warming.

Abah: Hello member, selamat ulangtahun ke 28.
Saya sempat menumpang kasih sayang seorang bapa mertua selama 28 tahun.


Mak senyum je, tapi aku tahu mak berdukacita. Mak sedih. Kami terima panggilan dari Kedah lebih kurang jam 4pm, mengatakan Tok Wan iaitu ayah kepada mak aku meninggal dunia. Innalillah... Aku pun sedih juga. Aku dah tak ada Tok lagi di Kedah. Arwah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, hari yang sama kami buat kenduri kesyukuran. Al-Fatihah, semoga roh beliau aman dan berada disamping orang-orang beriman.

Jenazah arwah disimpan lebih kurang jam 10pm, jadi kalau kami rush dari Johor belum tentu pukul 10pm boleh sampai sana. Nak tak nak, kami terpaksa tunggu sehingga esoknya untuk balik ke Kedah.

Alhamdullilah, walaupun perjalanan agak jauh dalam tempoh yang panjang, dengan hujan yang lebat, kami berjaya sampai ke Kedah dengan catatan masa 8 jam. Tapi yang tak best bila ada sok-sek-sok-sek dari seorang dua adik beradik mak yang cetek pemikiran itu. How do they expect us to come back early? Lainlah kalau kami ada jet atau Concorde sendiri.

Kalau boleh kami nak balik dalam keadaan harmoni. Sebagai cucu sulung dalam famili mak harus la aku menyibukkan diri untuk mengetahui perkembangan semasa keluarga mak. Arwah Tok Wan meninggal tak sampai 24jam, tapi makcik aku yang kepo seorang tu dah sibuk-sibuk tanya pasal tanah. Aduh! Aku ingat dalam drama je kisah berebut harta ini, tapi aku dah nampak benda itu berlaku dalam famili aku juga. Aku takut. Biarlah keluarga aku sekarang tak berharta, tak perlu nak berebut-rebut kemudian hari. Aku marah. Kalau ikut mulut aku, dah lama dah makcik kepo itu. Tapi ini kes orang-orang senior.

Tok Wan, macamana kita semua nanti? Siapa yang nak tengok-tengokkan keadaan kami nanti? Siapa nak tegur kalau ada antara kami terbuat salah? Kakngah takut.


Kami semua sayang Tok Wan. Kami semua akan terus rindukan Tok Wan.

6 ulasan:

  1. hii syima,
    takziah atas kehilangan tok wan. tabahkan hati ya..doakan kepemergiannya.

    BalasPadam
  2. takziah atas permergian tok wan syima..

    smoga dicucuri rahmat dan digolongkan dlm org2 yg beriman..amin..

    Al-Fatihah..

    BalasPadam
  3. Terima kasih semua...

    Doakan arwah tok wan dan tok semoga aman dan berada dikalangan orang-orang yang beriman.

    Amin.

    BalasPadam
  4. takziah dia atas pemergian to wan ko. semoga keluarga ko tabah menghadapi dugaan ini.

    p/s: mana2 keluarga pun selalu camtu. ada je minah or mamat kepoh yang nk mintak harta...

    BalasPadam
  5. huhu...ader gak ek kes camni...
    ingatkan dalam drama jek...

    BalasPadam
  6. isk isk takziah....uwaaaa aku nak nangis nih....aku dolu pon masa hilang my opah ase nak pengsang dalam bas sepanjang tu nangis...bule gitu...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...