Cari Blog Ini

Ahad, 20 Julai 2008

Jalan-jalan cuci mata

Kronologi: Ahad / 13 Julai 2008

Hari itu aku dan BFF pergi Sogo. Yes SOGO okay?? Kami keluar dari ke-sengal-an Kuala Selangor. Alah... saja-saja nak cuci mata hajatnya. Tapi BFF cakap kalau dia masuk Sogo dia mesti dan akan beli perfume. Mati lah... Kunun-kunun nak pergi OneUtama, lepas tu tukar pula nak pergi The Curve, lepas tu tukar nak pergi Jusco Kepong, memang pening nak decide. Last-last we choose Sogo juga. Hujan yang tersangatlah hari itu, dan hampir-hampir melemahkan semangat aku selaku driver untuk ke destinasi.

Sampai KL hujan pun dah reda. Kami parking di depan Campbell. Tengoklah, tersangat sibok! Mesti sesak. Aku dah pasang niat untuk beli handbag baru . Tapi perut rasa lapar sangat. As (housemate aku) suka makan, bukan dia saja sebenarnya... kami bertigalah. Jadi dia lead kitorang naik ke food court. Gambaran dari excalator tingkat empat, macam suasana Pasar Siti Khadijah.


Kitorang rambang mata tengok makanan. Aku nampak dimsum, rasa nak makan dimsum. Tengok nasi minang, macam nak makan nasi minang. Kalau boleh nak makan semualah!! Tapi akhirnya kami sebulat suara pilih sizzling yee mee. Nyam...Nyam...


Nampak sedapkan? Memang sedap pun!



Kitorang dah kenyang. Sekarang dah boleh jalan-jalan dengan soka hati. Ada satu view yang menarik perhatian aku. As kata ini spot dia dan kawan-kawan lepak. Tenang dan menyegarkan katanya. Jadi aku berhajat mengabadikan gambar kenangan di sini. Ceh! macam tak akan datang lagi dah.


Shopacholics di Mega Sales. Macam semut hurung gula.



Sana sini offer 50%, 70%, memang gilalah. Tak tertangan nak tengok semua. Handbag berjenama pun less sampai 70%. Tapi kadang-kadang rasa macam tipu je. Kata 50% tapi harga masih ratusan. Macamana tu? Tapi masa tengah pilih-pilih beg, BFF lari. Sedih tau kena pilih beg sendiri. Tapi kemudian BFF datang balik, tolong pilihkan dan bayarkan beg aku. Soka! Soka lagi!!

Kami naik tingkat pakaian lelaki pula. BFF nak beli baju katanya. Mula-mula nak beli sehelai, lepas tu jadi dua helai okay. Tak pe lah. Duit dia kan?! Kitorang sengal, sebab aku dah tak larat berjalan lagi dah (lagi satu sebab aku dah dapat barang yang nak) kitorang bergambar lagi. Dan... beli PERFUME sekali.

End.

3 ulasan:

  1. Masa blk aritu aku g sogo jumpa kawan aku. kitorang tangkap la gambo bebanyak. Pastu tetiba jer dtg sapa ntah ala2 manager kat dlm sogo kata kat dlm sogo tak leh tangkap gambar. bengang giler aku weh. Hello???? cam bagus jer sogo tu.

    BalasPadam
  2. izan.. aku rasa time tu dia tengah tak de keje kot... tu yang dia gatai tegor ko. time aku pergi aritu tak terkawal... sibok sangat, mungkin dia tak terperasan.. huhuh mydin pun sama macam itu jugak..

    sogo memang bagus ler bila time sales... huhuhuh

    BalasPadam
  3. huhu...kalo bab makan mesti name saye naik dulu kan? haha!!!

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...