Cari Blog Ini

Selasa, 19 Ogos 2008

Cara terkini memutihkan gigi

Tak de makna ini gigi aku. Aku pinjam gambar gigi orang lain.

Gigi putih dengan sinar UV

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI -utusan Malaysia (19.8.08)

Masukkan mouth guide yang di dalamnya mengandungi jalur getah berbusa hidrogen peroksida.

WAJAH yang cantik dan jelita tidak akan menarik tanpa diiringi senyuman manis dengan deretan gigi yang tersusun cantik dan putih bersih.

Namun begitu, bukan semua senyuman yang dihulurkan disertakan dengan gigi yang cukup cantik, ada yang kuning dan berkarat sehingga merosakkan senyuman yang manis itu.

Inilah yang selalu berlaku apabila seseorang itu agak kedekut untuk menghulurkan senyuman, takut ‘rahsia’ selama ini akan terbongkar.

Rahsia terpendam yang dimaksudkan itu ialah gigi yang bermasalah termasuklah warna gigi yang tidak putih ataupun tidak kelihatan cantik apabila individu tersebut mengukir senyuman.

Memiliki barisan gigi yang cantik dan putih bersih adalah impian semua orang.

Selalunya untuk mendapatkan gigi seindah itu, teknologi yang digunakan iaitu secara mencuci gigi (scaling) dengan menggunakan peralatan seperti scaler yang akan memecahkan karang gigi.

Begitupun, peralatan tersebut sering menakutkan dan menimbulkan rasa nyilu serta menyakitkan terutama apabila karang gigi memasuki gusi.

Begitu juga jika dibuat berulang kali, struktur gigi akan lemah. Untuk menggilapkan gigi pula, peralatan seperti pumice akan digunakan.

Situasi-situasi ini sering menyebabkan seseorang itu enggan mendapatkan rawatan gigi sekali gus membiarkan gigi berkarat dan berwarna kuning lebih-lebih lagi jika individu berkenaan adalah perokok.

Kini, terdapat satu teknologi baru dikenali sebagai Cosmetic Bright yang mampu memecah kebuntuan individu yang berhasrat untuk mendapatkan deretan gigi cantik dan putih.
Bagi yang memiliki gigi kuning, kini boleh tersenyum gembira kerana sistem rawatan itu berupaya membantu memutihkan gigi tanpa perlu menderita dengan penggunaan peralatan scaler atau rawatan laser.
Rawatan berkenaan hanya menggunakan sejalur getah berbusa yang mengandungi hidrogen peroksida dan dimasukkan ke dalam mouth guide (seperti replika mulut).

Namun sebelum itu, gigi pelanggan akan diperiksa untuk menentukan tahap kekuningannya dengan berpandukan plate gigi.

Kemudian, pelanggan perlu memakai kaca mata penahan cahaya lembayung ungu (UV) sebelum berbaring dan lampu UV Britelite akan dikenakan kepada bahagian mulut pelanggan.

Pengarah Globaltrenz Malaysia, Michael Loone berkata, teknologi tersebut merupakan satu sistem pemutih gigi yang unik dan profesional.

“Kepanasan dan sinar daripada lampu UV dan penggunaan jalur getah berbusa yang mengandungi hidrogen peroksida boleh mengurangkan masa rawatan dan mendapatkan kesan yang segera.

“Anda tidak akan merasa sesuatu yang tidak menyenangkan dengan rawatan pemutihan ini. Yang lebih menarik, ia hanya memakan masa selama 20 minit berbanding dengan rawatan laser yang memerlukan satu hingga satu setengah jam,’’ katanya ketika ditemui di Sunway Damansara, Subang Jaya, Selangor.

Tambah beliau, sistem ini merupakan teknologi terbaru dari Belgium, di mana seorang pelanggan perlu menjalani sekurang-kurangnya lima kali rawatan untuk mendapatkan gigi yang benar-benar putih dan boleh bertahan selama tiga tahun.

“Jika cuma sekali rawatan ia hanya bertahan selama tiga atau empat bulan. Untuk sekali rawatan bayarannya RM200 tetapi lebih jimat jika mereka mengambil pakej lima kali rawatan pada harga RM880,’’ jelasnya.

Katanya, formula hidrogen peroksida Cosmetic Bright tidak mengandungi asidik dan selamat apabila menembusi enamel gigi bagi menghilangkan karang gigi dan sekali gus memutihkannya.

“Cosmetic Bright juga memastikan tahap dosnya tidak menyebabkan radang gusi dan mengurangkan sensitiviti gigi seperti mana rawatan pemutihan gigi yang lain,’’ katanya.

Menurut Michael, selepas menjalani rawatan individu terbabit dinasihatkan supaya tidak merokok dan mengambil makanan yang berwarna, berminyak seperti kari, masak lemak, minuman seperti kopi, teh, selama satu hari bagi memastikan keberkesanannya.

Tapikan, bukanlah aku nak menyangkal... masa kecik dulu-dulu ayah aku cakap, gigi berwarna kuninglah gigi yang sihat kerana ia kuat. Gigi yang berwarna putih cantik tu sebenarnya kena buat maintenance banyak sangat. Aku mengiyakan pendapat ayah aku ini kerana gigi dia kuning (heavy smoker) dan masih cantik. Gigi aku yang tak berapa kuning ini yang selalu sakit-sakit. Gigi putih = gigi tak kuat. Siapa setuju?

2 ulasan:

  1. gigi saye putih...tapi takde maknenyer sebab gusi slalu berdarah...bencik betul...huhu...

    BalasPadam
  2. meh nak check gigi sat...hehhe hehhe

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...