Cari Blog Ini

Selasa, 26 Ogos 2008

Latihan menembak di Sepang

Lokasi : Lapang Sasar, Sepang (berdepan Litar F1)
Anjuran : PPDNHEP Selangor


Free Pistol Centre Fire Pistol/Precision Side=Arms"25M
Pistol ini bukan pistol yang biasa aku buat training dulu, jadi aku tak tahu nama dia. Can anyone name it? Malunya, nak cerita pada orang tapi tak tahu nama pistol ni. Tadi lupa pula nak tanya. Sebab sibuk dengan rasa teruja. Huhuhuhu...

Pagi tadi aku menghadirkan diri untuk latihan menembak yang diuruskan oleh Cawangan Sepang. Buat aku inilah kali pertama menyertai latihan ini setelah keluar dari kursus 1 bulan di SLPGA, Ulu Kinta.

Yang duduk berbaju merah itu adalah salah sorang urusetia dan tuan rumah menganjurkan aktiviti ini. Yang lain tu semua rakan-rakan satu pejabat. Pilih nak yang mana satu...?

Kalau aku post gambar dalam ni dah tentu-tentu tak cukup space, setelah ditapis-tapis ini sahaja yang aku nak tunjuk pada readers, kalau nak tengok yang lain sila tengok dalam Friendster.

Amacam? Ada gaya sharp shooter tak? Tapi korang tak tahu macamana nervousnya aku masa nak petik picu pistol itu. Bukan tak biasa, tapi perasaan itu akan wujud juga dek lepas terdengar bunyi letupan yang kuat. Tanyalah orang lain. Melainkan kalau orang itu tiap-tiap hari training menembak sampai muntah.



Actually kami agak tersesat untuk menyampai ke destinasi kerana kepala si Cik Fais agak pusing. Pikiaq apa tah! Tapi mujur grup kami belum dipanggil. Bila sampai, ngam-ngam selepas 2 grup, giliran kami menunjuk ke-terer-an masing-masing. Semua dalam barisan menunggu wisel dibunyikan. Aku memang tak pandai menembak, dah lupa to be correct. Dan sangatlah berbesar hati, seorang brader yang ku kira agak hencem (tak dapat nak snap gambar curi), sudi membantu dan memberi nasihat sepanjang nak menghabiskan 10 bullets itu. Ah!! Aku tak yakin aku boleh tembak dengan baik, selalunya tersasar.



Kami semua pergi ke sasaran. Memang tak sangka dalam tak yakin itu aku berjaya menembak 9/10 bullets dalam target. Satu lagi, aku ni agak tak nampak, rasanya mata/penglihatan macam rabun jauh. Dalam 25meter jarak, not bad bagi aku mendapat result tersebut. Sengih lebih sikit sebab rasa macam tak percaya. Lihatlah target tengahku.

Untuk 1st session (tembak jarak 25m, 10 bullet, gaya bebas) bolehlah berasa riak, ujub dan takbur kepada rakan-rakan perempuan. Aku dapat 62/100. Kira okay lah tu daripada telurkan? Lagipun kami semua tak ada practice pun. Untuk sesion ke II (tembak jarak 25m, 10 bullets, gaya berirama), aku gagal mempertahankan markah tersebut. Aiseh sangat memalukan. But somehow, untuk sesi ke III (jatuhan 10 tin plate, jarak tak pasti) hanya 4 nama sahaja (antara markah tertinggi) dipanggil untuk sesi tersebut. Aku tersenarai bersama mamat yang tunjuk peace diatas, secara tak langsung kami berdua adalah wakil dari Kuala Selangor. Yeay! Tapi malang juga bagi aku, kerana tak ada satu pun tin plate itu jatuh dengan tembakan aku.

Satu pengalaman best untuk aku pada hari ini. Sekian...

Kesimpulan : Don't mess with me. I know how to shoot, and what to target. So BEWARE... muahahahha-gelak evil

10 ulasan:

  1. shiyottt takut aku wehh...

    BalasPadam
  2. Hayooo bolehla lepas ni boleh tembak-tempak penculik atau maner-maner perogol kat Mesia ni...hebat..hebattt ..teruja abah tgk ko target 9/10..

    Teringat kisah abah masa form 3 / 4 pergi latihan memanah...best sangatt. Yes, im an archer gituu.

    -abah skolblog.com - (incase kuar nama lain dari google akaun ni)

    BalasPadam
  3. hehe...pasni takleh memain dah ngan kak syima...silap sikit je...mati laa kene tembak...wahaha!! kene berjaga2 nih... ;p

    BalasPadam
  4. fariha- aku mewarisi skill bapa ku

    abah- aku mana ada blogger lain pakai nama abah juga. bukan setakat perogol je, sape-sape yang buat onar pun aku tembak. tambah-tambah yang jenis tak nak bayar hutang dan buat-buat lupa.

    as- hah! kalau akak swoh mop lantai jgn melawan... nanti akak tembak!

    BalasPadam
  5. arghhh tidak!jangan tembak saya!jangan!!jangan!!

    BalasPadam
  6. Dulu kita orang berlatih guna Browning High Power, yang dalam gambar tu ahli keluarga bowning jugalah kot.

    Apa barang tembak kat center, kita dulu tembak kena tiang kayu tau, HAHAHA

    BalasPadam
  7. wah.. bagus ni.boleh mempertahankan diri bila ada org jahat. hahahahhahahhah

    BalasPadam
  8. bahaya nih,xle ar ajak syima kawin..
    kang abih sume kene tembak.huhu(gurau)
    terer gak ek menembak..
    mintak ar keje jd polis ke SWAT ke FRU ke.

    BalasPadam
  9. Wah tahniah syima...

    cantik tembakan tu... boleh jadi sharp shooter ni. tapi kenapa sikit bercelaru tu.. he hee ni tentu tak kawal pernafasan ni..

    p/s - kena pumping selalu. bagi kuat otot tangan & bahu tu..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...