Nak kata aku dibawah pengaruh mengantuk pun tak juga, tapi kalau betul kutu-kutu malam tu punya kerja, aku sumpah diorang dikelilingi makhluk yang serupa juga.
Semalam member serumah aku pergi dating di KL, lalu dengan baik hati boyfriend baru dia belikan mooncake. Entah apa mimpi kawan aku ini mengidam, mujur ada orang sanggup carikan. Diorang mencari sehingga KLCC. Ini mungkin gara-gara 2 minggu lepas kami makan mooncake bersama-sama yang dibeli di Cold Storage, SACC, Shah Alam. Sangatlah heaven. Korang pernah makan kuih bulan? Tak ramai yang rasa nak makan makanan ni. Rugi-rugi, sebab kuih ni ada yang dah halal. Aku mula belajar makan kuih bulan masa darjah 4, Sekolah Rendah Convent dulu. Yang ajar makan kuih ni nama dia Tan Tong Ying. Masa tu semua suspek aku makan kuih yang berinti isi babi. Huahuahua... Tak okeh?? Dalam kuih tu ada telur itik/angsa yang kemasinan. Shedap...
Lihatlah packaging dia, sangat menarik perhatian. Bak kata kawan serumah aku ini " Cantik, menarik, tertarik, kau memang daboom! (tembam pun boleh)" So colourful, macam nak bagi hadiah pula. Tapi budak ni cakap, dah benda free, dia tak keluar sesen pun, kira hadiahlah. Siap ada paper bag lagi. Cantik tak?
Mari kita check kotak dia, siap ada label halal dan superbrand. Bermakna ini bukan calang-calang mooncake tahu? Ada sekali list down semua Tai Thong Group of Restaurants which is 21 branches all together.
Ada banyak pilihan di booth mooncake KLCC itu, sayangnya As cakap terlupa nak ambil gambar sebab terlalu teruja untuk membuat pilihan. Setelah dipujuk dan dipaksa oleh auntie di kedai itu, kawan aku ini membawa balik 4 perasa yang berlainan. Harga untuk 4 mooncake itu ialah RM46.75.
Kita berkenalan dengan mooncake-mooncake ini terlebih dahulu secara anti clockwise. Yang warna kuning Snow Skin Tropical Paradise = RM11.50, yang warna putih itu namanya Snow Skin Vanila with Tiramisu = RM11.50, yang warna coklat cair itu namanya Snow Skin Coffee with Chocolate Bits = RM11.50, lastly yang berbentuk empatsegi, our all time favourite Lotus Paste Double Yolks (harus yang paling mahal) = RM12.25.
Kami mengambil giliran untuk memotong. Air liur dah meleleh ni, asyik snap gambar sangat. Nak makan, nak makan... kerana nafsu negro kami dah sampai...
Lastly untuk tatapan semua, sebelum di NGAP oleh kami yang sedang bernafsu negro ini.
Catatan buat hari ini:Mengikut eksperimen kami, yang warna putih (yang ada nama tiramisu) sedap dimakan ketika sejuk, baru keluar fridge. Rasanya aku tak tahu kerana As dah habiskan. Sebab semalam amat sukar tekakku untuk menerima.
Yang warna kuning tu (keyword tropical) lebih kepada rasa mangga. Aku tak suka. Kan ada 2 layer, aku makan yang layer warna hijau, rasa macam ntah. Tapi sedap.
Yang coklat cair itu, favourite As juga, walaupun aku suka minum coffee tapi aku tak suka bila ia jadi mooncake.
Kenapa dipanggil snow skin, sebab tekstur dia sangat lembut dan agak kenyal. Macam best sekiranya aku dapat kulit macam itu.
Kesimpulanya 70% mooncake itu boleh diterima oleh tekak As sahaja.
Sekian laporan saya...
err...mana ader gi dating laa...jumpe camtu2 je...dapat mooncake ni pun sebab tulun dier design hape tah haritu...so...tuntut laa... kan tengah ngidam mooncake skang nih...hehe...
BalasPadamnasib la kan ader jugak org sanggup carikan...
tapikan...ikutkan hati nak amik sume je lotus paste double yolks...tapi kesian kat auntie tu susah payah pomot perasa lain...kene la hambik jugak...hehe...taper laa...janji hati gumbira dapat mooncake... ;p
first time mkn moon cake masa kat matrix...rumate yg bagi...mula2 cuak gak nak makan tapi dia kata ini halal punya..belasah jelah kan hehe...tapi mmg sedap la huhu
BalasPadampenah jugak makan mooncake yang dalam dia ada telur masin tu. tak sedap la.. tak suka.. =)
BalasPadamhahahah ko kelaparan weh kan aku suh ko maintain ni nak masuk bulan pose dah nih...mari kurus murus...
BalasPadamas~ lenkali kikis duit skandal lain, beli je semua yang ada double yolk tu, 1 utk as, 3 utk akak... muahahaha
BalasPadamcintamiloais~ dah byk jual yang ada tanda halal... sedap sgt kan? akak sampai addict
izan~ ko kena belajar makan, sbb ia mmg sedap... itu lah itali ade ke jual mooncake??
fariha~ aku tak mampu utk diet.. benda ni mmg sedap... nanti lah diet
Awak orang Kuala Selangor? Satu daerah kita!
BalasPadamGambar awakkah itu di profile? Cantiknya!!!
sedap eh..? xpenah try langsung.. tp packaging nya tu, mmg cantik sgt2! :)
BalasPadamdugongsenyum ~ hello en dugong. saya bukan orang kuala selangor.. tapi saya kena kerja kat sini.. di sini lah tempat saya mencari sesuap nasi... orang tua saya jauh....
BalasPadamc.h.e.n.t.a ~ sedap... kalau gemarkan rasa masin-masin manis yang berlemak... awk patut try...