Cari Blog Ini

Ahad, 7 September 2008

Juadah berbuka



Apa yang korang nampak? Agak-agak juadah ini untuk berapa orang? Haaa... Ini bukan geng Indon atau Nepal nak berbuka puasa, ye lah tengok cuma beralaskan paper lama je kan? Ini la kehidupan orang bujang yang pemalas dengan student. Malas nak bubuh semua kuih atas pinggan sebab.... malaslah! Malas nak basuh pinggan.

Hari ini kami yang bujangan ini berbuka dengan Yong Tau Foo. Aku serik nak masak juadah berbuka. Kesian housemate aku, hampir-hampir mati tercekik dek kerana popiah goreng aku masin nak mampos. Lagi satu aku jarang beli barang dapur. Sebabnya kalau hari ini beli timun dan carrot, dekat 3 minggu baru nak masak. Kan dah tak fresh?

Chenta datang berbuka sekali tapi dia makan nasi kerabu. Ingatkan beli banyak-banyak yong tau foo dia nak jamah sekali.

Hari ini kami ter-meriah beli juadah. Hambek!! Balance makanan tadi akan di-carry-forward-kan untuk sahur. Tapi itu pun tak dapat dipastikan lagi, sebab housemate aku sedang makan secara perlahan-perlahan.

Itu sahaja laporan hari ini.

Actually hari ini ialah hari pertama aku berpuasa. YEAY!! Shhh!! Jangan cerita kat orang.

6 ulasan:

  1. ya ampun... mula2 ingt kot menatang apa la td. rupa2nya yong tau fu. faveret aku tu. kat sitiawan dulu selalu pi beli kat padang astaka. betul ka nama tu. tak brapa nk ingt da. hahahahahahah

    BalasPadam
  2. saya punya alasan lain skit...bukan malas nak basuh pinggan...tapi mmg tak cukup pinggan hehehe

    BalasPadam
  3. Yong Tau Foo kalau ditaburkan bawang goreng garing banyak-banyak lagilah superb giler kau tau.

    BalasPadam
  4. Ha'ah meriah jugak kt sini.. colorful plak tu :)

    BalasPadam
  5. izan ~ semenjak dah kawin ngn lelaki itali, hang lupa kat padang astaka no... itali mana ada yong tau foo

    cintamiloais ~ ceh memang tak cukup pinggan la sangat.. meh sini nak pinggan banyak2...

    dugong ~ aku suka jugak tu tambah bawang goreng banyak DAN kacang tumbuk... nyum nyum...

    tny ~ makanan meriah, orang nya pun meriah dgn lemak-lemak nyer... wakakakaka

    BalasPadam
  6. baru ader mase nak melompat ke blog akak...hehe...saye ader test esok...tapi harini, pada ketika dan saat ini...saye dengan mengada2nye nak komen sume post2 yang kat sini...hahaha...malas nak membelek nota industrial automation tuh...biar la dier bahagia duk diam2 dalam folder my document tu...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...