Hari ini aku agak buntu. Aku nak buat surprise birthday kepada seseorang tapi seolah-olah masa tak mengizinkan. Otak aku cramp nak mencari idea.
Tapi sebenarnya aku nak cerita pasal Param. Hahaha baru aku tahu Param itu ialah Pasar Ramadhan. Itu pun aku terbaca dalam blog siapa entah. Hari ini aku agak mengidam untuk makan nasi dagang. Aku round-round dalam pasar tersebut. Aku nampak tepung pelita, beli banyak-banyak. Sejak tiga hari aku berpuasa ni, hajat nak berjimat, tapi tak boleh mesti habis RM10 juga sehari.
Aku jalan seorang je, Chenta entah ke mana. Tapi sampai bila nak bergantung pada dia? Aku pun buat ketat jalan sorang-sorang. Ada orang ngorat?! Aku tak peduli, dalam hati aku cuma chenta bulatku seorang, biarpun dia ada angin senggugut kadang-kadang. Apa yang aku melalut ni?
Ok sambung cerita nasi dagang tadi. Tempat yang aku suka beli tu memang tak menang tangan, ramai sangat. Sebab lauk pauk dia best. Orang pantai timur masak kan sedap. Aku tercongok lah depan meja yang penuh lauk pauk tu.
Kak, nasi dagang satu!
Akak tu kerling je kat aku, lepas tu sambung bubuh nasi-nasi yang di order customer. Sebab ramai sangat kan?! Dia puasa, mesti letih sangat tu. Tak pe lah, aku diam lagi, bagi dia settle customer yang lain, aku jeling dalam periuk belanga tu, macam boleh buat 4 bungkus lagi nasi dagang.
Kak, nasi dagang satu!
Selit satu makcik ni potong line, "dik, nasi dagang dua!" Aku dah cuak, macam tak sempat je ni. Datang lagi kawan kakak kedai tu, "bungkuh kawe so" dia tunjuk kat nasi dagang tu lagi.
Kak, nasi dagang satu!
Tapi dia tak dengar, dia bagi balance satu bungkus lagi pada customer vogue yang beli lauk pauk dia yang sangat banyak. Yang tinggal serdak-serdak nasi itu saja. "Nasi dagang, dah habis la dik".
"Tak pe lah kak, nasi ni satu" Aku tunjuk pada nasi kerabu walaupun aku tak teringin pun nak makan. Nak cover malu la, dah tercongok lama tadikan?
On the way balik, aku terserempak pula dengan As, aku patah balik masuk dalam param tu. Saja syok-syok nak main pusing-pusing dalam tu sambil nak menghabiskan masa. Yang si As ni blur tak tahu nak beli apa, tu yang pusing sampai tiga kali dalam param tu. Sampai ada kawan aku cakap "Tinggi betul nafsu awak". Mana taknya, tengok kat tangan dah banyak plastik beg makanan.
Tiba-tiba Chenta call. Aku dah beli banyak-banyak baru dia nak pelawa makan di kedai masakan siam. Rupa-rupanya dia ada meeting dengan business partner dia, Chenta ajak join sekali. Maka... bersantaplah aku hari ini dengan nasi putih, sup ekor, telor bungkus, ikan kerapu/siakap goreng ala-ala thai dan masam manis.
Makanan yang aku beli di Param tadi? Buat sahur je lah kalau tak basi lagi.
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
ha. tu la org tua2 kata jgn ikut nafsu bila membeli. kan udah membazir makanan tu. buatnya sahur tak lalu nk makan... udah membebel plak makcik sorang ni. hhahahahahah makcik mana? aku la....
BalasPadamawat la depa letak nama param. aku tak suka la.. cam buruk je nama tu. huhuhuhuhuhu
woit diet daaa....
BalasPadamhehehe...saye mmg blur sikit...kat umah mcm2 plan nak makan...tapi bile sampai kat param tuh...dah mcm tatau nak beli ape...sume nampak membosankan...hiii...pe la nak jadi ngan saye nih...huhu...
BalasPadam