Cari Blog Ini

Isnin, 20 Oktober 2008

Mari Mengumpat

Mula-mula nak minta maaf sangat-sangat sebab macam dah lama tak update blog. Sibuk. Rasanya buat-buat sibuk kot. Anyway, sementara laptop ini tengah ok, aku nak ajak korang mengumpat.

Ceh, bukan mengumpatlah! Suka aje korang kalau aku buka topik panas macam ini. Sebenarnya nak bagi post title nampak grand je. Aku nak cerita pengalaman aku menganyam ketupat, bukan mengumpat.

Kenapalah sibuk-sibuk nak buat ketupat kan? Ceritanya, pejabat aku yang tercinta ini nak buat "open office" (ada ke istilah ni?). So tak meriahlah majlis kalau tak ada ketupat reben kan? Jadi bila reben dah dibeli, kita start dengan memotong reben. Kak Ti merangkap kerani pejabat aku sangat expert. Kalau dengan reben dia boleh anyam satu ketupat dalam lebih kurang 1.5 minit, dengan daun kelapa lagi dahsyat; tak sampai 1 minit kot.
Kebetulan masa tu bos keluar dari biliknya, nampak pula kami segerombolan duduk bersila buat benda ini. Ceh, lepas puas dia kutuk-kutuk kami (aku, Sab dan Fais) dia pun join sekali. Rupanya nak juga tunjuk bakat terpendam. Bos aku pandai buat ketupat okay?!


Inilah bos aku.

Aku dan Fais masih bertungkus lumus untuk menyiapkan ketupat reben yang seketul tu. Fais sampai hampir melorot tudung dari kepalanya sebab terlalu khusyuk menyelit-nyelit reben itu. Lepas tukar color ni, tukar pula... kot-kot color yang ditukar tu ada "ong" dan berhasil. Akhirnya kami berganding bahu, tapi malangnya lagi bertambah rumit. Sab mengambil jalan selamat dengan menjadi pemotong reben. Jadi bos atau kami tak boleh kutuk-kutuk dia. Hiks!

Maka habislah sesi pertama ketupat reben untuk hari itu. Tapi aku masih tak puas hati, aku nak juga buat sampai berjaya! Korang tengok la, sampai pen pun jadi penyendal. Sesungguhnya kesabaran itu penting. Dan aku bukanlah contoh terbaik untuk menunjukkan sifat sabar itu.

Kak Ti

1 ulasan:

  1. weh, da pandai ke wat ketupat ni. kene praktis selalu kang tahun dpn nak wat ketupat udah lupa. hahahahhahahha

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...