Instagram Shots

Ahad, 9 November 2008

Mengidam macam orang mengandung

Sejak gigi aku sakit ni, macam-macam aku nak makan. Dugaan betul.

Semalam aku berjalan-jalan ke blog kawan-kawan, sekali sampai kat blog kak VP aku terbaca entry dia pasal makan laksa. Adui! Terus terliur dan teringat-ingat laksa tu.

Mujurlah ada pasar malam, As memang tak pernah lepaskan peluang untuk berkunjung ke sana. Sebab dia ni hantu yong tau foo.


Ini laksa aku, masa beli dia kata ni laksa Penang, tapi tengok tak macam pun. Janji dapat makan untuk menghilangkan rasa teringin aku tu. Harga RM1.80.


Ini pulak hantu yong tau foo ni makan. Korang tau, bukan main banyak macam ni baru RM6.50. Lupa nak ambil gambar stall dia. Yang jual tu selain mak ayahnya, anak lelaki dia hensem menusuk kalbu. Tu pun salah satu sebab kenapa aku suka turut serta membeli belah di pasar malam. Heheheh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...