Instagram Shots

Ahad, 9 November 2008

Morning breakfast

Sengsara wei...

Sakit gigi. Berdenyut-denyut. Makan pain killer banyak pun still tak boleh kurangkan sakit aku ni. Dah macam-macam petua aku ikut. Kumur-kumur dengan air suam bercampur dengan garam lah, bubuh ubat gigi kat tempat sakit tu lah, macam-macam.

Huuuuuu nangis!!

Hari ini bangun pagi je gigi aku dah berdenyut-denyut lagi. Letih wei! Aku nk makan ubat, tapi tak boleh makan dengan perut kosong. Korang sedih tak tengok aku cuma makan ini je. Roti dicelup bersama susu segar. Macam baby tak ada gigi makan.

As keluar beli paper tadi, dia cakap dia tak "stim" baca paper online. Kelakar betul. Dia bawa balik tomyam bungkus dan ayam goreng. Aduh! Merana lagi aku. Dia ni pandai betul alter makanan. Kalau korang datang rumah aku, merasalah maggi dia dulu. Sedap! Yang kali ni dia rebus mee Sedap tu dan campur ke dalam kuah tomyam tadi. Sedap juga!! Macamana aku tak sakit gigi? Nafsu makan aku memaksa untuk aku merasa makanan tu. Tengoklah makanan tengah hari kami.



Sangat berbeza rasanya kalau kita makan mee tomyam di kedai dengan mee sedap+kuah tomyam kedai, pun sangat berbeza kalau makan mee atau bihun instant perasa tomyam. Cuba try!!