Cari Blog Ini

Jumaat, 19 Disember 2008

Kita tak boleh meniup makanan dan minuman panas. Kenapa?


Masa kecil-kecil dulu, mesti mak atau orang gaji atau sesiapa saja akan meniup terlebih dahulu untuk menyuap makanan yang masih panas. Jangan cakap time kita budak-budak dulu lah, sekarang pun kalau kita nak minum teh tarik atau nescafe atau mee goreng yang masih berasap-asap tu pun kita tiup dulu sebelum meneguk air tu. Kan??

Tapi betul ke cara macam tu?

Sebenarnya dalam Islam, kita dilarang meniup makanan atau minuman.

Aku terbaca satu artikel, menurut Hadis Ibnu Abbas "Bahwasanya Nabi Muhammad SAW melarang bernafas pada minuman atau meniupnya". (HR. At Turmudzi dan disahihkan oleh Al-Albani).

Ini ialah penjelasannya: Apabila kita menghembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 (carbon dioxide), yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Rasulullah menyuruh kita ketika minum seteguk demi seteguk, jangan langsung minum secara one-shot sambil bernafas di dalam gelas, kerana ketika kita minum sekali gus, maka ada kemungkinan kita akan bernafas di dalam gelas, yang akan menyebabkan reaksi kimia seperti di atas.

Sesungguhnya Ilmu Allah lebih luas dari ilmu manusia.

6 ulasan:

  1. erkkk..ye ke?
    baru je lepas tiup satu mangkuk sup
    panas sgt lah.
    perit lidah
    huhuuu...

    nsb baik zuris x suka minum air panas
    hheheee..

    BalasPadam
  2. I hardly blow my food and drink even when it's hot. I just find it funny to have my mouth panjang memuncung pasal meniup ni. LOL!

    BalasPadam
  3. sbb kita tak gosok gigi dulu masa tiup tu.. so kuman2 banyak hinggap kat air.. hihih

    BalasPadam
  4. weh...baru tadi mase lunch, aku tiup2 makanan yg aku mkn...hehehe!!!!

    BalasPadam
  5. tau gak tk leh tiup minuman panas,tp tk tau alasan nye yg kukuh.so,selalu tiup gak.

    BalasPadam
  6. Huisshk!! Siap ngn ilmu kimia lagik tu!!!

    Penah dgr jugak psl makanan&minuman panas, jgn ditiup.. tp versi lain..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...