Cari Blog Ini

Isnin, 8 Disember 2008

Selamat menyambut Aidiladha


gambar dipetik dari sumber googles

Selamat Hari Raya Haji, korang!! Pagi tadi makan apa? Well, I'm sure everyone is having a good and quality time with their family; solat sunat sama-sama, makan rendang, makan ketupat, bertandang rumah saudara mara.

As for me, I'm not going anywhere. Tak balik kampung. Duduk sorang-sorang kat sini. Berkorban tapi tak ada motif. Korban apa entah?

Sekarang cuba tanya pada diri kita;
  • Apakah perasaan kita setiap kali hari raya haji?
  • Bagaimanakah kita merayakannya?
  • What first come to mind bila menyebut tentang Aidil Adha ataupun hari raya haji?
  • Korban?
  • Lembu?
  • Solat raya?
  • Pergi ke Makkah?
  • Tak ada duit raya pun?
  • Takde orang main bunga api?
  • Tak meriah?
  • Takde terasa apa?
  • Apakah pengajaran yang kita dapat daripada ibadah haji?
  • Tahukah kita bila disunatkan berpuasa dan bila haram berpuasa berkaitan dengan haji?
  • Apakah takbir kita di raya haji sama dengan takbir kita di raya puasa?
  • Bilakah disunatkan makan pada hari raya haji?
  • Di manakah solat raya patut diadakan?
Chewah.. macam ustazah je. Berapa ramai yang dapat menceritakan apa disebalik Aidiladha ini? I'm sure tak ramai yang yakin 100% mampu menjawab soalan mudah macam ni. Ye lah, kita dah tinggal alam persekolahan terlalu lama. Kalau tak diingatkan selalu memang akan mudah lupa.
Erti Aidiladha ialah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail, yang merupakan satu contoh ketaatan dan pengabdian, dan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya. Sila surf sendiri ok?

Info tambahan untuk ingatan aku dan kawan-kawan.
  • Hari Arafah - 9 Zulhijjah - sunat berpuasa bagi sesiapa yang berada di luar Arafah
  • Hari Nahar - 10 Zulhijjah - haram berpuasa
  • Hari Tasyriq - 11, 12, 13 Zulhijjah - haram berpuasa
  • Bagi hari raya Aidiladha, sunat makan selepas korban. (Bagi hari raya Aidilfitri, sunat makan sebelum solat hari raya)
  • Solat hari raya (kedua-dua raya) seeloknya dibuat di padang yang lapang dan luas, supaya boleh turut dihadiri oleh wanita-wanita yang sedang uzur, kerana khutbah hari raya adalah untuk semua orang, bukan hanya lelaki sahaja.
  • Ibadah korban adalah sunat muakkad
  • Akikah boleh dibuat untuk diri sendiri seandainya akikah untuk diri kita belum lagi dibuat oleh ibu bapa kita.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
LaIlahaillaLlah waLlahuakbar,
Allahuakbar waliLlahilhamd



Semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang berfikir dan menghayati...

5 ulasan:

  1. slamat raya korban... masjid dekat rumah saya tumbangkan 5 lembu, 5 kambing, 5 biri2... masjid dekat rumah awak brapa banyak?

    BalasPadam
  2. see..masuk sini mmg dapat bnyk info slalu ;)

    BalasPadam
  3. lagipun...mlm raya haji tu kita pg karokei kat green box kan...aku tak rase mcm raya pun...

    BalasPadam
  4. thanks for sharing...

    masa kecik dulu2... raya haji ni ingat hanya nak celebrate org yg balik haji ajo... huhuhu...

    BalasPadam
  5. selamat hari raya qurban!

    P.S i tak bley solat raya sbb dapat chotiiiiiiii.

    yo..kenyang makan rendang and dessert.huhuhu~~

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...