Cari Blog Ini

Rabu, 21 Januari 2009

Erkk?

Hari ini macam suwey sikit. Sikit ke?

Seawal pagi, baru aku perasan kunci kereta aku tertinggal dalam kereta kawan aku yang lain, A, yang telah menyebabkan aku tak dapat pergi kerja ontime. Selalunya memang tak pernah ontime pun. Bila hari ni berkobar-kobar nak masuk pejabat awal, macam ini pula jadinya. Langsung aku telah menyusahkan kawan sepejabat aku, S, untuk menjemput aku di rumah. Dalam kereta aku, ada handbag, purse, kad kuasa, nametag dan pas keselamatan. Rasa gonjeng bila tak usung semua tu.

Tengah hari, aku nak keluar pergi curier barang pada orang, tetiba bos tahan aku sambil senyum kambing,
Bos: Nak pergi mana ni?
Aku: Nak tolong member si D curier barang dia ke Penang...
Bos: Tolong saya...
Aku: Tolong apa?
Bos: Bayarkan bil rumah saya kat pejabat pos.

Adeh. Bukan tak nak tolong. Tapi aku rasa hidup aku mudah, tak pernah sekalipun pergi pejabat pos untuk bayar bil. Kata dah online sekarang. Apa barang susah payah beratur. Aku tanya bos, kenapa tak nak pakai Maybank2U ke, Cimb Clicks ke, dia jawab "TAK NAK LAH!" Ish bos aku ni, tak nak ke tak reti sebenarnya? Sooooo OLD TIMER. Tapi sebagai antara pekerja (satu batch) yang mendapat SKT agak tinggi dalam pejabat itu, maka aku buat juga kerja budak pejabat.

Sampai di pejabat pos dengan membawa kereta kawan aku yang turbo dan agak bermasalah, aku beratur sambil berpeluh-peluh. Memang lencun baju aku. Masa sampai giliran, kakak kaunter tu minta RM60.15. Bos cuma bagi aku RM60 tepat. Alamak, sungguh malang bila 15 sen je tak cukup. Aku raba-raba dalam poket, mujur ada balance duit curier tadi.

Aku lapar, tapi tak ada sen untuk makan. Aku pendamkan niat untuk makan sambil menunggu seorang kawan aku si S yang menyimpan makanan tengahariku balik dari kerja luar. Aku berjaya paw kawan aku RM2.00 untuk beli kuaci dan teh ais bungkus.

Selepas lunch, aku nak sambung balik kerja tertangguh. Kerja untuk dapatkan data kuantiti penggunaan petrol dan diesel dari jabatan dan agensi kerajaan dari sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Aku mula menyenaraikan ke semua jabatan dan agensi terbabit. Masuk senarai yang ke 32, TIBA-TIBA blackout. Habis segala benda yang aku taip dalam komputer tadi terpadam. Cis bedebah! Mudah-mudahan ada recovery sebab aku pakai Office 2007.

Akhirnya kawan aku si S tiba di pejabat dengan perut yang kenyang membiarkan aku memakan sisa-sisa makanan yang dia tapau pagi tadi. Agak gelojoh. Sehingga ke petang, masa aku dihabiskan dengan mengumpat dan mengata bersama kawan-kawan (D dan S) dan bermain ping pong sehingga pecah peluh.

Tamat sudah ke-suwey-an ku.

10 ulasan:

  1. kesian ko dik,mkn sisa2 mknn je...sib baik lum expired

    BalasPadam
  2. sori la syima...trpost comment bnyk kali...:P

    BalasPadam
  3. "Even those who emerge from the sea to casually braid their shiny wet vines into a thick coil with a hibiscus on the end also have bad-hair days." July 1988 the Press Democrat

    sian ko shimaa.. hehe sabo je lah

    BalasPadam
  4. Camne lah life ko tetiba tak teratur taruk smpai cmni.. tapi sibbaik 'u love ur job' klo cam aku ni haa.. nyawa2 ikan je ngn keja aku nih..


    Ko kja pe sbrnya?Si bos pun.. standard lah bos.. mesti x mau admit yg dieorg tu x reti!! :P

    BalasPadam
  5. kak ell ~ meroyan saya jap.. menyabarkan cacing2 kelaparan dalam perut saya ni...

    ami ~ aku tak paham english.. huhuhu

    tny ~ aku ialah macai kerajaan

    zuris ~ itulah pasai.. this is the worst tough day i ever had... soc..sob..

    BalasPadam
  6. noks...sian ko...tp xpe...sekurang²nye ko x kesah cite benda² camtu..drpd si fcuk tu yg dah la x sedar diri...lg x nak admit golongan² gitu mmg prob...

    BalasPadam
  7. siannye.....aku boleh tolong sedih ajela....huuuuu...

    BalasPadam
  8. well..kadang2 ada je hari yg buat kita rasa gampang..heheheh

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...