Rutin hari Sabtu kami memang macam ni. Selalunya kami akan ke pasar malam antara pukul 5.30ptg - 6.30ptg. Tapi oleh kerana aku tadi terleka dengan surfing segala bagai, maka selepas Maghrib baru keluar dari rumah.
Yong tau foo yang biasa As beli dah banyak benda habis, macam cili sumbat isi ikan. Tapi dah lapar kena beli juga la.
Kat situ ada satu apek buka tapak yang jual tanglung merah untuk CNY. Aku jengah jap. Macam berkenan pula tengok rumah jiran aku bergantung-gantung tanglungnya. Kita kan masyarakat majmuk? Aku beli sepasang tanglung, cakap pada apek tu nak pasang dekat pejabat.
Pastu jalan-jalan lagi, aku terdetik macam nak singgah tempat orang jual-jual buku ilmiah tu. Lalu aku telah terbeli buku-buku ini. Aduh, masa nak bayar buku-buku itu, aku tak cukup duit. Pada aku mahal. RM30. Tapi bila ingat mak cakap "lebih baik berbelanja untuk perkara ilmiah dari makanan yang akhirnya jadi tahi", aku pun tekad meminjam duit As. Ya, aku cuma pinjam RM10 sahaja. Adik beradik tak ada hal lah.
Tapi, ketika menuju ke kereta keluar dari pasar malam, aku terperasan seseorang. Seseorang yang pernah menjadi buah hati ketika zaman belajar dahulu. Seseorang yang pernah menjadi kesayanganku suatu ketika dahulu. Seseorang yang pertama menyentuh hati perempuanku. Dan seseorang itu berpaling dan merenung aku.
Tak mungkin. Dia berjalan seorang.
As far as i concerned, about 3 years ago he married to a woman and moved to Sg Petani. Apa jadah dia nak datang pasar malam sini? Gilosh. Sah aku mamai. Tindakbalas aku ialah berjalan laju-laju seperti walkathon. Masuk ke kereta terus telefon Chenta. Tak mungkin seseorang itu adalah dia. Mungkin pelanduk dua serupa.
*Tiada lain selain Chenta.
jeng..g..jeng..saje je nak wat hati wanitamu bgetar tu syima...wakakakaka
BalasPadamaku kenai ke lembaga tersebut?
BalasPadam