Cari Blog Ini

Khamis, 12 Februari 2009

Roti-licious : Butterscotch

Sempena nama URL aku, syimalicious, aku nak bercerita tentang kegemaran baru aku iaitu roti-licious. Ini bukan sebarang roti, bak kata aku roti ini sekali makan hendak lagi. Tak percaya, korang try la.

Dulu mak pernah cakap, kalau nak diet, makanlah roti ini waktu lunch. Dan kalau aku ikut cakap mak aku dulu, mungkin aku tak setembun sekarang. Ini dia roti yang dulu-dulu; TOAST'EM. Mesti korang pun biasa makan, kan?

Suatu hari, semasa aku nekad untuk meringankan berat badan, aku cari roti Toast'em tu. Yang ada raisin oatmeal tu, sebenarnya aku suka dua-dua jenis tu. Datanglah kawan aku yang memberitahu Gardenia ada roti baru. Ada raisin tapi versi coklat. Mula-mula aku ingat macam dia ni menipulah kan, sebab dia jarang serious dalam apa jua perbuatannya. Tapi Chenta aku meng-iya-kan. Sah-sah aku pelik sebab tak pernah nampak lagi.

Demi mengisi perutku, aku gigih mencari.

Dan ini ialah kegilaanku sekarang. Kalau dulu lepas balik kerja, lapar macamana pun buat rentung makan maggi je. Sekarang, biarpun harganya RM4.00 aku sanggup pergi mencari.



Chenta dan housemate dia suka versi coklat ni. Tapi ai, no, no, no. Rasa dia pahit sikit walaupun ber-kismis, tapi itu tekak aku yang merasa. But ai loike this one, BUTTERSCOTcH. Bunyi pun dah ala-ala very the english kan?


Sedap! Berlemak! Empuk! Dan yummy!



Untuk lebih maklumat sila layari roti-licious.

Notakaki: Aku rasa mereka patut bagi aku imbuhan sikit sebab aku promo product dia.

4 ulasan:

  1. haha actually, aku pun suke roti brand ni.. x)~

    BalasPadam
  2. sbb ko kata sedap..aku nak try cari nanti...nak cicah ngan air milo...hahaa

    BalasPadam
  3. as, man nakal, faryn

    aku mmg mabuk suka dengan roti ini. setiap hari mesti nak makan punya....

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...