Cari Blog Ini

Jumaat, 27 Mac 2009

Alhamdullilah...akhirnya

Aku tidak perlu lagi berteka-teki kerana kebenaran telah berhasil sebentar tadi.

Ini bukan entri aku dipinang anak tok mudim tau.

Walaupun letih, disuruh berjalan ke sana ke sini bersama bondaku, aku bersyukur kerana apa yang aku alami selama ini bukanlah disebabkan retak.

Owh, bagi yang tidak mengetahui... hari ini aku telah bertemujanji dengan doktor.
Dia tak hensem sebab dia adalah seorang perempuan di klinik pakar ortopedik di Hospital Sultanah Aminah, JB. Serius, kaki aku masih sakit dan jalan terhinjut-hinjut tetapi tidaklah pula menggunakan tongkat sakti sebagai topang.

Perkara yang akan aku ingat selalu, doktor di sini telah menyebabkan bonda dan aku berjalan berulangkali untuk ke bahagian x-ray. Adakah doktor itu tolol atau tidak menumpukan perhatian aku pun tak pasti. Macam pelik, angkle aku yang sakit, tapi di x-ray di jari jemari kakiku. Aduyai.

Kali kedua aku membuat x-ray, aku dengar bunyi kalut-malut; suara yang agak tinggi intonasinya. Dan sebagai pesakit yang terakhir, aku mencuri dengar perbincangan mereka. Sah! Doktor yang memeriksa aku tadi adalah doktor yang belum confirm dan masih tercari-cari arah kerjaya mereka. Main point mereka, "Adakah jawatan kami floating?" Jawab doktor senior yang wajahnya amat garang dengan tegas sekali, "There is no such thing in government policies!"

Eh! Apsal aku nak cerita pasal dorang? Aku nak cerita lain pasal doktor baru sangat membahaya untuk nyawa pesakit yang kritikal. Sebab mereka baru, jadi perasaan was-was kadang-kadang akan tetap wujud dalam diri mereka. Macam tadi, pasal x-ray itu. Tahukah anda x-ray boleh menyebabkan radiasi? (Korang kena buat muka blank, konon-konon tak tahu)

Aku akan merindui rumah manis rumah (home sweet home) dan keluarga aku kerana membenarkan aku duduk seperti puteri selama hampir sebulan, menjaga makan minum ku dan memanjakan aku... sob...sob...sob... Sebak.


Pagar, jangan jadi harap pagar, pagar makan padi ok?



Jadi pengumuman untuk seantero Asia Tenggara, aku tidak lagi mendapat cuti sakit, maka aku kena kembali berkhidmat kepada nusa dah bangsa. Tapi rasa macam malas pula!!! Arrrgggghhhhhh!!

And YES, my right foot still pain!

2 ulasan:

  1. umah ko besar lagi la... yang ko tgk tu cuma ilusi gambar semata2...

    BalasPadam
  2. ko ckp ngan aku ke? rumah aku besar?? rumah mak bpk aku la yang besar. rumah aku kat sini kocik jer. org italy umah kecik2. tanah mahai sgt, ahahhahahahahaha

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...