Apa kesudahan untuk Incik Zorro Baik dan Puteri Hanky Panky?
Tersebut al kisah seorang puteri bernama hanky panky, dari kelas pertengahan hendak mencari bakal suaminya. Dalam pencarian, si puteri ini seringkali berjumpa dengan lelaki-lelaki keparat & durjana yang cuma berkeinginan untuk mengambil kesempatan diatas kemewahan dan kelembutan beliau.
Setelah merantau ke seluruh kayangan hampir suku abad umurnya, si puteri jatuh hati dengan dengan Incik Zorro yang berketurunan dewa Hercules yang baik lagi berbudi bahasa. Cinta itu terdetik tanpa dirancang. Dan ia berlangsung sehingga ke beberapa purnama. Dek kerana perwatakan easy-going sang puteri, timbullah cerita bermacam-macam kisah untuk menjatuhkan si puteri ini mengikut siaran Astro Vanavil.
Fitnah-fitnah ini disebarkan oleh Mak Lampir Pipi Bulldog and the gangs.Incik Zorro dilanda kekeliruan yang amat sangat. Beliau tidak pasti dengan keputusan untuk bersama puteri hanky panky. Beliau lebih rela mengikut kehendak Mak Lampir Pipi Bulldog itu.
Alangkah musnah harapan dan impian si puteri untuk hidup bahagia seperti orang lain. Incik Zorro baik tapi tidak berpendirian. Si puteri merasakan hidupnya bagai retak menanti belah.
Apa kesudahan cerita tersebut? Dapatkah mereka bersatu? Adakah selama ini si puteri cuma bertepuk sebelah tangan??
Syimalicious: Best tak baca cerita fantasi?? Hahahahaha... terima kasih kerana sudi membuang masa anda untuk membaca kisah puteri dan bakal suaminya dan sekali gus mencuba avatar manga dari blog diva belle.
Tapi kalau korang ada idea lagi hebat sila tambah perisa untuk cerita aku di atas.
Chaiyok!
ari tu saya ada komen...saya cakap..best ar citer nih..pandai akak karang..pasnih bleh tulis novel plak..ha lebih kurang cam tu ah komen saya hehe
BalasPadam