Kesian aku kan? Hari Ahad korang semua membukang tidur. Aku pagi-pagi dah terkejar-kejar kena pergi kelas.
Inilah pengorbanan bila dah tua-tua baru nak belajar. Cis! Pinjam sekejap ayat Min_ena.
Tapi hari Ahad tu aku skip satu kelas, kerana terlalu mengantuk aku bangun pukul 8am. Ikutkan pukul 7am kena keluar rumah untuk ke sana. Mana tak mengantuk, aku sampai rumah pukul 12.30mlm, sebab ada assignment last minute aku buat sampai pukul 4am. Tapi tak sia-sia jugalah aku dapat B+ untuk assignment itu. Layaklah dengan kerja last minute kan?
Dalam banyak-banyak kelas, aku suka kelas Mandarin. Tapi betullah, how fast you catch-up certain subject bukan bermakna markah anda tinggi dalam test; reading & speaking. Disini peranan bodek membodek amat penting.
Tapi aku redha. Kita kenalah berbaik sangka dengan lecturer itu. Mungkin aku yang gagal menepati piawai yang ditetapkan.
Masa ini kami diminta membawa sekeping gambar keluarga untuk diceritakan dalam mandarin. Aku tak menghafal langsung. Sebab kalau hafal tapi tak faham, apa jadahnya? Aku rasa aku dah bersedia, apa yang aku nak cakap semua dalam kepala. Aku rasa aku tau apa yang aku nak cakap.
Ini Su. Dia dari JB tapi dia tak ada blog. Hahaha. Kunun-kunun buat muka cuak macam tak pandai. Tapi markah dia lagi banyak. Tsk...tsk...tsk...
Turn aku dipanggil. Owh! Untuk pengetahuan aku ke sekolah hari itu pakai tongkat. Nampak tak tongkat aku? Hajat nak minta simpati. Tapi sampai kat depan tu, aku macam kena sampuk. Blank. Penyakit parkinson datang secara tiba-tiba. Apa yang lecturer tanya aku sengih dan jawab "Wo bu zhidao". Sah! Aku ada penyakit pekak badak sebab aku tak dapat capture apa yang dia tanya. Sedih.
Gila! Disebabkan aku tak dapat datang kelas yang lepas, masa tu juga lecturer nak aku buat quiz dan ujian membaca. Entah apalah result aku tu.
Kenapa aku nak cerita semua ni dalam blog? Entahlah, kadang-kadang manusia ni bila datang angin monsun, fikiran dia kacau sikitkan? Anggap saja aku tengah jiwa kacau.
Syimalicious: Wo shi er shi qi sui le. Wo hai meiyou jiehun. Sob...sob...sob
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
aku suka tapi tak de la sampai jatuh cinta :-[ dia amat lemah lembut..
BalasPadamaku blank sebab lapar kot... orang tua kepala dah karat la zuris...
cintacukelat ke cintamiloais??
BalasPadamsuka benor dia main tiup2 nih.. tolong la tiup bagi up sket markah akak tu... :-D
aku tak leh ajar diva... mana layak... pelajaran yang aku terima macam budak sekolah rendah punya...
BalasPadammeh sini aku ajar satu perkataan.. "piaoliang". ko kena cakap Syima piaoliang... :-P piaoliang = cantik
shhh!! izan... ko diam-diam sudah la..kantoi dah aku buat statement gitu... :-[
BalasPadamhebatlah ko ehh... bahasa itali boleh... mandarin boleh.. english bole...
nnt kita prektis mandarin sesama ok?? 8-)
Hiks... blajo mandarin tak susah..
BalasPadambaca pun tak susah..tulis pun tak susah.. cakap pun tak susah.. hiks
blajo rajin2 ke syima.. :-D
ye.. kalau rajin mmg tak susah... tapi bila dh tua ni byk commitment tu yg macam menyekat perkembangan minda... huhuhu pakai js-kit ni tak leh nak view ur blog... eh tinggallah link..bole? :*
BalasPadameh.. ok lah tu, nanti kite prektis cakap mandarin... boleh improve..
BalasPadamkaki aku macam lambat baikla... tak reti dok diam, asik nak bergerak je keje nya.. doktor kata nak baik sebulan... thnx arr sbb concern. terharu... :'(
wo bu zhidao... apa yang ko cakap?? "ye" tu apa?? malas la nak selak kamus... =-X
BalasPadamooowhh paham dah... :-D
BalasPadamlengloi mandarin ker?? bukan hokkien??? tak kesah la belle... ko kan piaoliang diva... O:-)
BalasPadam