Cari Blog Ini

Rabu, 29 April 2009

Kerisik Babi

Jeng... Jeng!

Aku berjaya kembali berblogging. Bukan sebab aku berjaya membuat penemuan baru tentang virus H1N1 dalam kerisik. Haha!

Jangan korang silap, walaupun aku gemar menyumpah dengan perkataan babi, aku bukanlah punca virus itu tersebar. Perkataan babi dalam diari aku bersifat sementara. Harap maklum.

Hari ini aku nak tumpang mengadu dengan korang...

... sebab kepala, minda dan jiwa sesak yang amat. Dengan kerja yang tak pernah habis, dengan tak cover habis chapter, dengan rasa menyesal tak sudah kerana tak study dari awal, aku rasa emosi dikala ini sangat meraban. 2 subjek dah lepas, 2 subjek menunggu di depan.

Minggu ini aku dihinggapi rasa yang menjengkelkan, sakit hati, dan irihati kerana perkara-perkara ni;

"Cik Syima, A dah nak menikah ni tak dapat jemputan ke?"

"Cik Syima, saya dah selamat dirisik."

"Makin hampir tarikh merisik dari pihak i, makin berdebar hati ini. Oh Tuhanku... tekadkanlah hatiku ini hanya untuk (nama dirahsiakan) yang telah Engkau temukan di dunia ini."

"Anak buah saya, perempuan, umur 26tahun. Kerja bagus. Baru-baru ini adik dia dah bernikah. Tiapkali dia balik rumah... mak dia tanya bila nak kahwin. Dia dah berkawan tapi kawan dia macam tak serius lagi. Akibat tekanan dia sambung Master. Cik Syima ni sambung belajar sebab kecewa tak kawin lagi ke?"

Ibaratkan otakku seperti hardisk.
Kalau ikut hardisk laptop 10GB (laptop refurbish), kapasiti laptop aku dah mencecah 9GB untuk membahagi semua masalah-masalah sepanjang bulan April dan Mei. Apabila aku menerima message-message tersebut aku jadi keliru untuk mengakses emosi samada untuk turut gembira atau sakit hati atau menganggap ia sebagai Spam.

Dah sampai seru kamu untuk bernikah, jagalah masjid itu baik-baik. Aku tahu kamu nak berkongsi kegembiraan. Aku gembira tapi aku tak boleh tipu diri sendiri yang aku dengki dengan rezeki kamu. Sebenarnya aku suka hidup bujang kerana aku masih bebas dari tanggungjawab. Bukan senang untuk menjadi isteri mithali. Bukan tak nak berkahwin, tapi aku rasa aku ramai sangat untuk dipilih. Huhuhuhu. Sekiranya aku tak berkahwin, harta aku adalah harta aku, dan tak perlu berkongsi dengan orang lain selain keluarga aku.

Mohon patik untuk derhaka, bukanlah maksud untuk mengaibkan tapi untuk berkongsi tentang perasaan patik ketika ini. Ampun.

...

Setelah aku membuat luahan ini secara terbuka, aku rasa emosi aku dah kembali normal dan boleh bertukar ke mode meditasi.



Syimalicious: Orang lain boleh bercuti-cutian sempena Hari Buruh, aku kena kuatkan semangat untuk menempuh "chaos-mind" 2 Mei ini.

* Title kerisik wujud kerana adanya perkataan merisik itu.

12 ulasan:

  1. rilex ar syima, nati ko nak kawin jangan lupe jemput aku tau? huhu..
    wei ko kne keje ke 1may? hehe..

    lama x update? bz ek?? ko sht x?

    http://aizatbest.blogspot.com

    BalasPadam
  2. ahah!!
    same je cam entry kecik hati saye yang lalu terhadap kawan2 yang dah tukar status nih...

    tapi saye kecik hati ok sebab dier tak inform...huhu...

    BalasPadam
  3. hehee..tensen bunyi nye beb??
    lek..lek..

    nie lagi satu..
    sila sms aku alamat ko ye
    seru aku dah sampai
    hehehe ;P

    BalasPadam
  4. takyah tension. jawab mcm aku ni

    'malas nak kawin'


    lalala...

    BalasPadam
  5. cool eh..jawab je 'bulan disember dah nak nikah'..tapi tahun takyah bagitau.haha

    BalasPadam
  6. maki guna ayat babi best ape.rasa puas dari ckp "awak ni jahat la".kan?

    eh lagi naik umur, lagi tinggi saham.jom join club single is better than suffer!

    BalasPadam
  7. nape byk sgt entry2 berunsur begini yg ditemui lately ni
    adakah musim org kawin akan muncul bulan 5 ni
    tu yg smua sibuk citer pasal jodoh smua ni...

    alah...kalau tiba masanya nanti
    kawin la kan

    BalasPadam
  8. nok...bile baca entri ko ni..kalo aku pon aku cam tensen jerk..
    xpe sabarla nok..kalo ade jodoh..adelah kan....semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha esa, tentu ade hikmah di sebalik ape yg blaku kan???

    http://www.rynn2506.com

    BalasPadam
  9. sabar banyak2, babe...ur time will come.
    sooner or later, u'll be loved.

    BalasPadam
  10. Syima, jgn risau.. pertemuan itu akan tiba jua. Jangan terlalu difikirkan dan terluka dengan usikan soalan-soalan yang sengaja atau tak tu..

    BalasPadam
  11. Hishhkk!!!
    Ko nih!!! Ada2 jelah! :P

    Ehh.. bila mau smpai ke utara nih?

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...