Cari Blog Ini

Isnin, 22 Jun 2009

Cerita Jumaat itu hari

Sebahagian tugas aku ialah memeriksa penyata stok bekalan barang-barang yang menjadi barangan kawalan di setiap premis-premis yang menjalankan perniagaan secara borong. Di Kuala Selangor tak ada kilang besar jadi tak mampu nak imagine perkara yang bakal berlaku pada aku pada hari itu.


Gambar pun dah huru-hara sebab perasaan berderau diperdajalkan oleh hanjeng itu.

Tempat itu cuma tempat pengedaran barangan Nestle dan beberapa barangan runcit yang lain. Penempatan tempat edaran barang borong ni jauh dalam pedalaman. Itu sebab korang tengok tempat tu berlalang bagai. Memang fesyen begitu ke??

Biasanya tempat sebegini berpagar, berpengawal dan dikawal rapi. Tapi pondok pengawal di situ kosong. Mungkin pagar di-control dari dalam premis. Aku dah perasan seekor dua anjing berkeliaran di laluan masuk ke premis itu. Nampak macam bodoh-bodoh saja anjing-anjing itu.

Kami berhenti lama di pagar elektrik premis tersebut tapi tak sampai 10minit. Haha! Puas ber-horn tapi pagar tak buka-buka juga. Darah Mat Kilau aku dah menggelegak. Aku nampak door bell di pagar tersebut. Dengan perasaan dah panas sebab kena ignore begitu aku turun dari kereta nak pergi tekan bell tu.

Belum sempat tangan mencapai button loceng itu tiba-tiba aku dengar salakan ganas dari dalam pagar premis itu. Bulat mata aku bila dua ekor anjing dengan pantas meluru ke arah aku dan kebetulan pintu pagar memang disengajakan terbuka sedikit betul-betul laluan anjing. Agaknya kalau sempat dirakam moment tersebut, memang nampaklah muka aku dah hilang darah, dah pucat. Aku yang dah panik berlari masuk ke tempat duduk belakang yang kebetulan Cik Leha duduk. "Sorrylah kalau kamu rasa guni beras menghempap kamu ketika itu."

Tak ku sangka tempat itu membela sebegitu ramai banyak anjing yang agresif. Lebih dari 10 ekor stanby di sekitar stor premis itu. Serious, hilang macho dan kredibiliti aku tadi. MALU!!!

Beberapa ketika kemudian pagar dibuka, dan kami berjaya melepasi pagar tersebut. Aku sebenarnya seorang yang kasihkan binatang. Tapi bila dah jadi begini, seriau betul aku dengan anjing kampung. Selesai dari tugasan yang cuma mengambil masa 15minit dan jantung aku masih berdegup kencang. Panik.

Nak kata tiada staff di situ, dalam premis itu ada dalam 6 orang pekerja wanita Melayu. Mengikut kata pengurus premis itu, anjing itu cuma menyalak pada orang yang tak pernah dilihat mereka.


~ Anjing bonzer ~


Sebenarnya membela anjing adalah pengawal yang terbaik dan lebih sensitif dari pengawal manusia yang cuma digajikan RM400 sebulan. Wahai anjing aku dah tak marah kamu cuma aku marah kerana kamu, aku hilang macho.







Syimalicious: Bila aku sudah kaya, aku nak bela anjing untuk mengawal rapi rumah aku. (Orang malas boleh kaya ke??)

4 ulasan:

  1. boleh kaya sayang~

    kawin dengan orang kaya mau?

    hahaha~

    BalasPadam
  2. makan roti sapu 'kaya' pun boleh lahling xD gagagaga

    BalasPadam
  3. waa.. takutz anjing gilos woo.. eiiii... ngeri2..

    BalasPadam
  4. sib baik tak kena gigit dek anjing tu...ei ngeri dgn anjing,ada pengalaman pahit sket waktu kecik dulu..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...